suria

Lucu tapi kesian... Dah 6 kali tapi bunyi cicak ganggu jurubahasa isyarat buat rakaman, kemudian kain ‘green screen’ pula tercabut! - “Sebab penat, ibu tak jadi nak gelak”

Kain yang dijadikan sebagai latar belakang tercabut sewaktu jurubahasa, Azlina Mohamed Isa sedang membuat rakaman.

SITUASI pandemik Covid-19 yang masih belum reda menyebabkan kita semua perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Hampir segala aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian (online) kerana ketika ini rakyat dinasihatkan untuk bekerja dari rumah.

Sudah tentunya situasi ini mempunyai pelbagai cabaran yang tersendiri, sama ada dari sudut rangkaian internet, kelengkapan, situasi sekeliling dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nate aye! Cikgu alami ‘gangguan’ hari pertama sesi PdPR, ayam hutan kena marah - “Kali ketiga tekan ‘on record’ masa itulah nak buat hal”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru gigih buat kelas online tapi ‘0 kehadiran’, anak dedah bapanya kecewa sampai tahap nak pencen - “Abi bersangka baik pada student dia, salahkan link saya buat”

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pensyarah mengalami 'gangguan' ketika sedang membuat rakaman sebagai seorang jurubahasa isyarat.

Menerusi perkongsian seorang pelayar, Muhammad Azhari Hafiz Kamal Ariffin di Twitter, dia berkongsi detik lucu yang berlaku ketika ibunya sedang tekun beraksi di hadapan kamera.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, kedengaran bunyi cicak beberapa saat selepas rakaman berjalan, sebelum secara tiba-tiba kain yang dijadikan latar belakang pula terjatuh.



Perkongsian Azhari mengenai gelagat ibunya menjadi tular di Twitter.

"Alahai comel jer my mum nak record video tetiba background tercabut," tulisnya pada perkongsian video berkenaan yang sehingga kini meraih hampir 11,000 retweet.

Insiden tersebut membuatkan netizen terhibur namun tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan ibu pemuda berkenaan yang kelihatan seolah-olah kepenatan.

Menurut pemuda berkenaan dan juga adiknya, Nurul Aiman Izzati yang berkongsi cerita dengan mStar, insiden lucu yang berlaku beberapa hari lalu itu adalah sewaktu ibu mereka, Azlina Mohamed Isa merakamkan video untuk segmen berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Rakaman dijalankan waktu petang. Sebenarnya sepanjang hari tu ibu ada urusan, jadi berkesempatan rakam video waktu petang tu saja.



Antara komen netizen yang kagum dengan kesungguhan ibu Azhari meskipun kepenatan.

"Kami tolong ibu masa proses rakaman termasuk suntingan kain 'green screen' yang dijadikan latar belakang. Masa tu kalau tak silap dah kali keenam rakaman. Sebab tu ibu nampak kecewa sikit.

"Sebelum tu bunyi motorlah, ada tak jadilah... kali keenam tu background pula yang tercabut. Kami tergelak secara spontan bila tengok background terjatuh sebelum betulkan semula," katanya.

Menurut Azhari, dia yang bertujuan untuk berkongsi video lucu bersama rakan-rakan pengikutnya di Twitter sama sekali tidak menyangka ia menjadi tular.

Ada yang komen adik saya tak patut ketawa seoalah-olah tak hormat ibu. Sebenarnya, ibu tahan ketawa... disebabkan penat, dia tak jadi nak ketawa.

MUHAMMAD AZHARI HAFIZ

ANAK

Gembira dengan respon positif netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ibu mereka, Azhari dalam pada itu tidak menafikan ada juga netizen yang beranggapan mereka tidak sepatutnya ketawa ketika itu.

"Iya, ada yang komen lucu tapi kesian. Ada yang komen adik saya tak patut ketawa seoalah-olah tak hormat ibu. Sebenarnya, ibu tahan ketawa... disebabkan penat, dia tak jadi nak ketawa. Sebenarnya benda macam tu normal sahaja dalam keluarga kami.

"Bila video ni viral, ibu terkejut dan malu-malu juga sebab ada rakan staf yang Whatsapp," ujar pemuda ini.

Bercerita serba sedikit perihal ibunya, Azhari berkata wanita itu merupakan pensyarah di sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA) dan juga jurubahasa isyarat untuk stesen televisyen.



Ibu Azhari dan Izzati merupakan seorang jurubahasa dan juga pensyarah.

"Ibu memang seorang yang komited. Sekarang ni bila kena bekerja dari rumah, sebelum mulakan pengajaran secara online, dia akan pastikan dah buat persediaan lebih awal. Waktu malam tu dia sedia dah dengan bahan-bahan.

"Biasalah, peringkat usia macam ibu, pasti agak sukar sikit nak biasakan dengan segala macam teknologi. Kami adik beradik yang akan bantu ibu kalau bab-bab ni.

"Nampak ibu struggle nak berikan yang terbaik untuk pelajarnya. Jadi baik tenaga pengajar dan juga pelajar, harus sama-sama ada toleransi antara satu sama lain," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain