suria

Duit bukan jaminan... wanita kongsi pengalaman perit hampir muflis, sampai nak tamatkan hidup akibat gopoh nak beli rumah - “Mak nasihat jangan buat benda bodoh”

Mira tertekan gara-gara dia hampir muflis selepas tersilap percaturan kerana membeli rumah tanpa berfikir panjang. Gambar hiasan

SIAPA sahaja yang tidak mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri?

Tambahan pula apabila melihat pencapaian sesetengah individu yang mampu membeli kediaman pada usia yang muda, sudah pastinya ia menyuntik rasa kagum dan perasaan makin berkobar-kobar untuk mengecapi perkara yang sama.

Namun membeli kediaman bukanlah semudah yang disangka, jika tersalah percaturan, silap haribulan diri sendiri yang merana.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan satu success story“ - Peguam hartanah tak anggap orang muda mampu beli rumah satu pencapaian, ikut trend tapi tiada ilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dihentam, kini bekas pekerja hospital kejutkan ramai orang... usia 24 tahun beli rumah hampir RM1 juta - “Jual produk orang je, tak sangka dapat banyak”

Begitulah juga kisah wanita ini yang hampir sahaja muflis kerana keputusan dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan betul.

Lebih parah, wanita ini juga terlintas mahu menamatkan riwayat sendiri kerana terlalu buntu.

Hanya mahu dikenali sebagai Mira, wanita ini berkata pengalaman pahit itu berlaku kira-kira empat tahun lalu ketika dia membeli kediaman pertama pada usia 24 tahun.



Mira berkongsi pengalamannya di Twitter untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

"Ia adalah kediaman jenis apartment kos rendah. Ketika saya buat keputusan untuk beli, saya fikir cukup sekadar kita ada wang untuk membiayai wang muka (down payment) sebanyak 10 peratus.

"Waktu itu saya bekerja dan dapat buat sales sehingga empat hingga lima digit sebulan. Dalam masa sama, saya ada bisnes sendiri juga, jadi cukuplah untuk down payment.

"Tanpa saya sangka, rupa-rupanya banyak lagi caj dan bayaran yang diperlukan selepas itu. Kos yang perlu dikeluarkan sangat banyak untuk bayaran-bayaran ini semua. Ditambah pula dengan title strata, proses sangat lama.

"Bayangkan, duit banyak dah keluar tapi hal rumah masih tak settle," ceritanya kepada mStar.



Mira mendapat pengajaran di mana wang bukanlah jaminan segala-galanya, namun ilmu juga sesuatu yang penting jika mahu membeli rumah.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, lebih memburukkan keadaan, bisnes yang diusahakannya sedikit merosot dan dalam masa yang sama kontrak kerjanya tamat.

"Saya naif juga masa tu... iyalah muda lagi. Cadang beli rumah tu untuk investment sebab saya tinggal dengan ibu bapa. Tapi cara saya salah, ditambah tak ada ilmu, tak buat research, pengurusan kewangan tak pandai, shopaholic.

"Masa tu saya rasa betul-betul tak mampu dengan keadaan kewangan yang makin teruk. Duit makin tak ada, mana nak 'cekau' untuk bayar loan lagi.

Kalau bunuh diri, saya hanya susahkan ibu bapa nak tanggung hutang. Kata-kata tu yang buat saya sedar.

MIRA

"Saya keluar dari rumah selama dua hari untuk mencari ketenangan. Memang masa tu saya terlintas nak bunuh diri sebab terlalu buntu. Mak saya tahu saya keluar, dia nasihatkan supaya jaga diri dan jangan buat benda bodoh.

"Saya ingat kata-kata peguam saya, kalau nak buat sesuatu, tolong fikir orang lain juga. Kalau bunuh diri, saya hanya susahkan ibu bapa nak tanggung hutang. Kata-kata tu yang buat saya sedar," ujarnya yang kini pekerja di sektor swasta dan turut mempunyai bisnes sendiri.

Bercerita lebih lanjut, Mira berkata pengalaman tersebut menjadi pengajaran paling berharga di dalam hidupnya.



Sebelum membeli rumah, seseorang dinasihatkan untuk mengambil tahu serba sedikit ilmu hartanah. Gambar hiasan. Foto: The Star

"Akhirnya saya lepaskan semua. Saya terima hakikat kesan akibat keputusan tersebut. Ia adalah pengalaman yang sangat berharga dalam hidup.

"Alhamdulillah, sekarang saya dah okay. Saya sekadar buat perkongsian di Twitter untuk share pengalaman. Ada impian untuk beli rumah, tapi saya nak selesaikan dulu komitmen lain, buat perancangan yang betul dan pastikan kewangan stabil.

"Pengajaran daripada kisah saya ni, tak perlulah rushing dalam bab beli rumah. Ia keputusan yan besar, jadi dapatkan ilmu dan rujuk pada pihak yang ada pengalaman. Periksa juga status kewangan sendiri.

"Ingat, tak semestinya ada duit bermakna kita mampu beli rumah. Dan tak semestinya ada rumah pada usia muda itu satu pencapaian... sebaliknya ia adalah komitmen," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain