suria

Tolong tutup pintu van ketika lampu isyarat merah, sempat pula rakam video... tindakan pemuda ini buat kebaikan jadi persoalan

Qush berkongsi video itu menerusi Instagram dan Tiktok.

DALAM hidup ini, kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik, malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan.

Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari, Selangor, Ahad lalu.

Bercerita kepada mStar, Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 25, sempat menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tengok di FB Ustaz Ebit bantu orang susah, tiba gilirannya ibu 5 anak tinggal di ‘rumah kotak’ ini gagal tahan emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit - “Pakcik ni tak nak apa-apa”

"Saya tengah memandu di kawasan rumah sebenarnya masa tu. Tiba-tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.

"Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.

Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.

"Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur," ujarnya.

Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif netizen.

Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan.

QUSH

Namun katanya, dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajarannya merakam video sambil membuat amal kebaikan.

Jelas anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia secara spontan merakam video itu dan langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.

Tambah Qush, telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

"Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.

Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.

"Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

"Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.

"Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan," ujarnya lagi.

Paparan skrin video tular itu.

Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.

Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.

Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain