suria

Selalu tengok di FB Ustaz Ebit bantu orang susah, tiba gilirannya ibu 5 anak tinggal di ‘rumah kotak’ ini gagal tahan emosi

Ibu kepada lima cahaya mata itu gagal menahan sebak tatkala pertama kali bertemu dengan Ebit.

SEORANG wanita dari Sabah gagal menahan air mata apabila dia pertama kali dapat bersemuka dengan Ustaz Ebit Lew sebagaimana dipaparkan menerusi video di Facebook pendakwah terkenal itu.

Dalam rakaman yang dimuatnaik pada Ahad, ibu kepada lima cahaya mata itu menerima kunjungan Ebit di kediamannya sebelum bantuan dihulurkan untuk keluarganya.

"Selalu ikut (Facebook) ustaz. Tak sangka boleh jumpa ustaz. Kami tengok ustaz betul-betul tolong orang susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Riadah pun fikir sedekah! Berbasikal pusing KL, Ustaz Ebit tak berkayuh ‘kosong’... sempat jenguk golongan gelandangan - “Sayu, ada macam mak ayah kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit - “Pakcik ni tak nak apa-apa”

"Selalu tengok semua, macam tak pernah sangka ustaz boleh sampai sini.

"Ya Allah syukur Alhamdulillah dapat jumpa ustaz," ujar wanita berketurunan Bajau itu dalam nada sebak sambil menekup wajahnya dengan tangan.

Ebit meninjau kediaman daif keluarga itu.

Menurut Ebit, suami kepada wanita itu berketurunan Dusun dan mereka kini hidup daif dalam sebuah rumah yang disifatkan seperti sebuah kotak kecil.

Kata Ebit lagi, pasangan itu sudah mendapat tanah di lokasi lain namun belum berpindah kerana kesuntukan wang untuk membina rumah baharu.

Malah, tiga anak mereka juga tidak bersekolah kerana masalah kewangan yang dihadapi wanita itu dan suaminya.

Antara bantuan yang disalurkan Ebit untuk keluarga itu.

Menurut wanita itu pula, anaknya juga ada menyuarakan hasrat untuk belajar di madrasah seperti kanak-kanak lain.

Dalam paparan berasingan, Ebit dan pasukannya kelihatan berada di sebuah kedai perkakasan elektrik untuk membeli barangan keperluan buat keluarga itu.

Selain periuk nasi elektrik, kipas meja dan dapur gas, mereka turut dihadiahkan tilam oleh Ebit.

Ya Allah syukur Alhamdulillah dapat jumpa ustaz.

WANITA BAJAU

Malah, Ebit turut mengarahkan pasukan yang mengikuti misi bantuan itu agar menguruskan urusan pendaftaran madrasah anak-anak wanita itu dan segala urusan bayaran akan dilunaskan olehnya sendiri secara bulanan.

Dikongsi pada Ahad, video itu sehingga kini menerima hampir setengah juta tontonan.

Malah, rata-rata komen turut mengakui sebak dan terharu dengan bantuan yang dihulurkan Ebit untuk keluarga berkenaan.

Wanita ini sering melihat Ebit menerusi laman Facebook.

"Memang sebaklah kalau tengok ustaz pergi menjenguk dan menolong suadara-saudara yang dalam kesusahan ni.

"Indahnya Islam, Islam mengajar erti kehidupan, kesusahan kesabaran, kasih sayang sesama manusia. Dalam kesenangan kita ada hak orang lain.

"Ya Allah. Saya pun turut menangis. Punyalah sedih kakak tu tak sangka dapat berjumpa ustaz. Agaknya dia nak sangat tu berjumpa dengan ustaz dan dengar ceramah dari ustaz.

"Terbaik ustaz semoga dipermudahkan segala urusan," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain