suria

Riadah pun fikir sedekah! Berbasikal pusing KL, Ustaz Ebit tak berkayuh ‘kosong’... sempat jenguk golongan gelandangan - “Sayu, ada macam mak ayah kita”

Ustaz Ebit berbasikal di sekitar ibu kota sambil menyantuni golongan gelandangan.

BIARPUN sibuk menguruskan pasar raya Elewsmart, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew masih sempat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah.

Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya baru-baru ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau dilihat berbasikal di sekitar ibu negara pada waktu malam.

Apa yang menariknya, dia bukan berbasikal semata-mata, namun masih lagi sempat menyantuni golongan memerlukan di sekitar lokasi dia beriadah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit ni macam-macamlah! Baru buka pasar raya dengan harga barang tak masuk akal, pendakwah tawar khidmat ambulans, van jenazah percuma pula

"Sebak sayu 10 malam sampai 1 pagi pusing Kuala Lumpur (KL) tengok keadaan tengah malam di KL.

"Sayu, ada macam mak ayah kita. Ada macam adik beradik dan anak-anak kita. Ujian mereka.

"Bila bawa nasi, berebut-rebut tengah malam. 300 bungkus nasi dan air habis sekejap je," tulisnya.

Antara paparan yang dikongsi menerusi media sosialnya.

Menurut Ebit, dia pada malam itu berbasikal dari Gombak, Selangor ke KL sebelum menyerahkan bantuan kepada golongan gelandangan.

Dalam rakaman tersebut, Ebit yang memakai t-shirt putih dengan topi keledar keselamatan dilihat turun dari basikal sebelum menyerahkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Selain Ebit, dia turut disertai beberapa individu lain yang turut berkayuh bersamanya.

Bila bawa nasi. Berebut-rebut tengah malam.

USTAZ EBIT LEW

Dalam pada itu, pelayar media sosial turut meninggalkan komen pujian atas usaha murni yang dilakukan Ebit.

"Alhamdulillah ustaz seimbangkan dari segala aspek. Terima kasih jadi inspirasi kepada ramai orang.

Ebit menyantuni golongan gelandangan di sekitar KL selepas melakukan akltiviti berbasikal.

"Semoga ustaz dikurniakan kesihatan yang baik Amin.

"Sungguh mulia bersedekah makan kepada yang daif.

"Alhamdulilah semoga Allah memberi balasan yang baik kepada ustaz," tulis netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain