suria

Selalu shopping online, gadis asyik dapat mesej ‘skrip’ serupa... mujur ada rak kasut boleh cover segan - “Hari sama orang tu datang dua kali”

Izati (kiri) berkongsi pengalaman mengenai banyak penghantaran parcel yang diletakkan di rak kasut di rumahnya.

DALAM norma baharu akibat pandemik Covid-19, trend pembelian kini beralih kepada dalam talian atau secara online.

Laman web beli-belah bukan sahaja menerima lebih ramai pengguna, malah penghantar barang turut sibuk melakukan serahan terus ke rumah pelanggan.

"Hai Izzati Aqilah. Saya J&T. Barang saya letak atas rak kasut ya," menurut tangkap skrin mesej seorang penghantar barang yang dikongsikan seorang gadis di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak terlupa adik kena kuarantin, niat nak 'busukkan' nama melalui parcel tak menjadi - "Dia nak abang posmen panggil dia cantik"

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja terkejut lihat baju raya impiannya selepas terima bungkusan jam 10 malam - "Saya rasa macam pontianak"

Menariknya, bukan satu mesej saja yang diterima gadis itu, tapi empat mesej dengan 'skrip' yang sama dalam tempoh tiga hari berturut-turut.



Antara mesej yang diterima daripada penghantar barang yang sama.

Gadis berkenaan, Izati Aqilah Muhsin berkata, tiada kesilapan dalam mesej penghantar barang tersebut, sebaliknya ia merupakan penghantaran yang dibuat secara berasingan.

Namun, gadis berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa bukan kesemua pesanan yang dihantar ke kediaman keluarganya di Taiping, Perak, untuk dirinya semata-mata.

"Sebenarnya, pembelian juga dibuat bagi pihak ibu dan kakak yang menggunakan akaun saya. Jadi setiap penghantaran dibuat di atas nama saya sebagai penerima.

"Kami mula aktif buat shopping secara online ni sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Mac lalu, tapi kebanyakannya adalah pembelian saya," katanya kepada mStar.



Selain Izati (kiri), pembelian dalam talian turut dibuat bagi pihak ibu (kanan) dan kakaknya. foto ihsan Izati Aqilah Muhsin

Lebih mesra disapa Izati, katanya, kedudukan rumahnya yang berkonsepkan banglo berkembar yang agak terpencil menyebabkan penghantar barang sukar untuk melakukan serahan.

"Lebih-lebih lagi rumah jiran kami tidak berpenghuni membuatkan penghantar terlepas pandang rumah kami. Cat nombor rumah kami juga luntur.

"Sekarang ni pula ada pengubahsuaian yang dilakukan di bahagian depan dan dapur menanbahkan lagi kekeliruan penghantar barang," ujarnya.



Kedudukan rak kasut yang boleh dilihat dari jauh di luar rumah.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, pandemik Covid-19 juga membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk menerima sebarang bungkusan daripada pihak luar.

"Jika sebelum ini, kita minta mereka tinggalkan saja di atas tembok pintu pagar, tapi cuaca hujan sejak kebelakangan ini membuatkan lokasi perlu diubah ke kawasan berbumbung.

Sebenarnya, pembelian juga bagi pihak ibu dan kakak yang menggunakan akaun saya. Jadi setiap penghantaran dibuat atas nama saya sebagai penerima.

IZATI AQILAH MUHSIN

"Kebetulan, ada sebuah rak kasut yang diletakkan di garaj kereta bahagian hadapan rumah. Orang boleh nampak rak kasut tu dari jauh di luar rumah.

"Jadi, setiap kali dimaklumkan mengenai penghantaran, kami akan membuka pintu pagar lebih awal bagi memudahkan mereka meletakkan parcel atau pesanan di atas rak kasut," ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengangkutan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor.



Penghantaran kedua yang dibuat oleh penghantar yang sama pada hari yang sama.

Dek kerana kerap membeli dalam talian bersama ibu dan kakaknya, masing-masing berusia 50 dan 23 tahun, Izati berkata, namanya cukup dikenali dalam kalangan penghantar barang.

"Nama saya bukan saja popular dalam kalangan mereka, bahkan rak kasut tu. Sebab tu skripnya sama saja setiap kali mereka nak hantar barang.

"Walaupun bukan semua pembelian untuk saya seorang, tapi segan tu tetap ada sebab penghantar bukannya tahu parcel atau barang tu untuk siapa pun.

"Pernah hari yang sama, orang yang sama tu datang ke rumah dua kali untuk hantar parcel, di sebelah pagi dan petang. Segan sangat, mujur ada rak kasut yang popular tu untuk dia tinggalkan parcel," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain