suria

Selepas 8 tahun kahwin, suami liat solat akhirnya sentuh sejadah... menangis lihat anak sulung tunjuk tauladan - “Dia kata itu hari paling bahagia dia jadi isteri aku”

Kisah lelaki itu yang mula solat setelah sekian lama disuruh isterinya ternyata mengundang reaksi ramai netizen di media sosial.

SETIAP wanita pastinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbing mereka dalam melayari bahtera rumah tangga.

Selain menjadi pelindung keluarga, suami juga diharap dapat menjadi imam untuk memimpin solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Terbaharu, perkongsian seorang lelaki yang sudah bergelar suami dan bapa di Facebook cukup mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak... barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik - “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah malas nak jaga dia” - Isteri hilang rasa cinta selepas bisnes suami lingkup, lebih parah kini dah temui calon pengganti

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan namanya itu, dia sememangnya malas menunaikan solat walaupun sering ditegur isterinya.

"Awal kahwin dulu aku jenis tak solat. Tapi isteri tak pernah tinggal solat. Awal-awal kahwin dia jenis tegur marah-marah pasal solat, sampai aku marah dia kata kubur masing-masing.

"Lepas tu dia tak tegur dah. Mungkin malas nak gaduh dengan aku. Tapi bila dia solat, dia cuma cakap... minta tengok anak kejap. Dia nak solat dan mengaji. Aku OK je layan anak-anak," imbas lelaki itu.

Namun, segalanya berubah sedikit demi sedikit apabila pasangan dua cahaya mata yang sudah lapan tahun berkahwin itu perlu berpisah atas urusan kerja.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila si suami sukar pulang bertemu anak dan isteri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan pada Mac lalu.

PKP menyebabkan lelaki berkenaan sukar untuk pulang ke rumah dan terpaksa lama berjauhan dengan anak-anak dan isteri.

"Tahun ni aku kena PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan isteri aku. Balik dua minggu sekali sebab empat jam perjalanan.

"Bila PKP lagi lama tak jumpa. Sebab tak boleh rentas negeri. Bila dah jauh, WhatsApp dan panggilan video je la mampu," ujarnya.

Kata lelaki itu, dia terkesan apabila mendapat tahu anak lelaki sulung berusia 5 tahun sudah mula belajar solat dan banyak menghafal surah-surah dalam al-Quran.

Perkembangan itu sekali gus membuatkan dia tersentak sebelum mula menyentuh sejadah pemberian isterinya untuk solat.

"Masa awal PJJ dulu memang isteri ada masukkan sejadah dalam beg tapi dah enam bulan baru aku sentuh sejadah tu.

Bila waktu salam, dia cakap terima kasih. Dia kata itu hari paling bahagia dia jadi isteri aku.

SUAMI

"Dalam bilik bujang aku mula solat. Menangis sebab banyak bacaan solat aku lupa. Aku buka YouTube belajar balik cara solat," luahnya lagi.

Malah, kesempatan untuk pulang ke rumah bertemu anak isteri selepas kejadian itu juga tidak disia-siakannya.

Sewaktu pertama kali menjadi imam untuk keluarga, isterinya juga gagal menahan air mata kerana terlalu gembira dan bersyukur dengan perubahan itu.

"Bila dah boleh rentas negeri, aku balik rumah. Bila Maghrib tu aku siap-siap pakai baju sopan, minta anak sulung susun sejadah untuk solat berjemaah.

Perkongsian itu turut menjadi tular di Twitter.

"Isteri diam je tengok. Pertama kali angkat takbir, aku sebak, aku menangis. Aku teruskan solat. Aku baru belajar, surah pendek je mampu baca,

"Dah habis solat, aku baca doa ringkas dalam bahasa Melayu. Anak aku amin punyalah kuat. Suka ayah dia baca doa. Tapi isteri aku kat belakang menangis.

"Bila waktu salam, dia cakap terima kasih. Dia kata itu hari paling bahagia dia jadi isteri aku. Mungkin berkat doa isteri dan ibu, aku kembali ke pangkal jalan," ujarnya.

Dalam perkongsian di Facebook, lelaki itu juga memohon orang ramai terus mendoakan dia istiqamah dan berbahagia hingga ke syurga bersama isteri dan anak-anak.

Selain tular di Facebook, posting itu turut dikongsi di Twitter oleh @atengsepet sehingga menerima lebih 18,200 ulang kicau.

Malah, ramai netizen mengakui kagum dengan kesabaran wanita itu sehinggalah suaminya berubah dengan seikhlas hati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain