suria

Fuh macam ninja! Oppa Kelantan anggap kemahirannya potong sayur laju-laju biasa je, tapi ramai kagum dan terhibur - “Pelik ke benda macam ni?”

Video memaparkan kepantasan Akir memotong timun mencuri perhatian ramai.

AKSI bersahaja lelaki ini di dapur restoran milik ibunya cukup mencuit hati ramai.

Malah, ramai yang meluahkan rasa kagum kerana dia mampu memotong timun dengan pantas, persis ninja.

Bercerita kepada mStar, Mohamad Muzakkir Azman, 26, mengakui sudah terbiasa memotong sayur dengan pantas sejak berusia belasan tahun lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk - “Kenyit mata tu paling style”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

"Ibu bapa saya memang mengusahakan kedai makan, restoran nasi kukus. Dari kecil saya dah mahir memasak.

"Masa umur 12 tahun, saya memasak di rumah untuk adik-adik ketika ibu bapa keluar bekerja.

"Pada usia 15 tahun, saya dah boleh masak lauk-lauk kampung untuk pelanggan restoran kami," ujarnya yang mesra disapa Akir atau Oppa dalam kalangan pengikut media sosial.

Akir mula belajar memasak sejak berusia 12 tahun.

Antara lauk yang dihasilkannya termasuklah gulai kawah, masak lemak tempoyak, ikan masak sambal dan macam-macam lagi.

Namun kata Akir, bukan mudah untuk dia mendapatkan kemahiran memotong sayur dengan pantas.

Selain memerlukan latihan berterusan, dia juga pernah mengalami beberapa insiden yang menyebabkan luka pada tangan.

Adik beradik saya tujuh orang, semua lelaki dan semua pandai masak.

AKIR

"Saya dah terbiasa, tolong mak ayah di kedai tu satu rutin buat saya. Bila saya post video potong sayur dengan laju, ramai yang pelik.

"Saya tertanya-tanya, pelik ke benda macam ni? Ramai lagi kat YouTube mahir potong sayur.

"Tapi saya anggap ia penghargaan followers untuk saya. Saya gembira dan teruja bila hasil kerja dihargai. Saya pun sekadar nak kongsi ilmu.

"Pernah terluka kena tangan. Biasalah, setiap proses mesti ada kegagalan. Memang asam garam bila memasak, kena pisau, kena minyak panas," ujarnya.

Selain berkhimdat untuk kedai makan keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, Akir juga pernah memasak untuk 2,000 hadirin sewaktu dia menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) beberapa tahun lalu.

"Di universiti, ada program untuk pelajar semenanjung yang tak balik raya. Saya masak untuk 2,000 orang.

Akir berkebolehan memasak gulai kawah dan pelbagai lauk-pauk kampung.

"Kalau kat kedai keluarga kami pun, saya biasanya masak dua atau tiga kawah berseorangan sahaja.

"Adik beradik saya tujuh orang, semua lelaki dan semua pandai masak," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video kemahiran memotong sayur dengan pantas yang dikongsi di media sosial Akir turut menerima pujian ramai.

Malah, ia turut menerima puluhan ribu tontonan di Instagram dan TikTok miliknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain