suria

Ternampak gadis iras Neelofa, jurugambar tak tunggu lama... terus beranikan diri jumpa bapanya - “Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu”

Wajah Widad (kiri) dikatakan mirip Neelofa.

JIKA sebelum ini kecoh mengenai kemunculan mini Neelofa'', kali ini seorang gadis mencuri tumpuan gara-gara wajahnya dikatakan persis artis jelita itu.

Kelibat gadis dari Kulim, Kedah itu ditemui seorang pemuda semasa mengambil gambar untuk sebuah majlis keramaian pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dikongsi pemuda dikenali sebagai Zarul di aplikasi TikToknya, dia memberanikan diri meminta izin daripada bapa gadis tersebut untuk mengambil beberapa keping gambarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis buat TikTok nak test betul ke wajahnya macam Neelofa, terkejut bangun pagi keesokan harinya - “Sebenarnya saya tak ada tahi lalat pun”

ARTIKEL BERKAITAN: “OMG mini me!” - Neelofa pun teruja, budak 5 tahun dress up tiru gaya idola

“Adik nak tanya, sebelah ni abang ke adik? Saya Zarul nak ambil gambar anak boleh tak? Minta kebenaran sikit noh. Muka dia macam Neelofa tengok, depa kata, ” demikian kata-kata pemuda tersebut dalam video yang tular itu.

Bapa gadis tersebut memberi kebenaran kepada Zarul untuk berbuat demikian.



Video dikongsi Zarul di TikTok mengenai Widad menjadi tular di platform media sosial itu.

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dikongsi pemuda tersebut di aplikasi popular itu.

Bagaimanapun terdapat netizen memuji wajah gadis tersebut ada iras ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

“Muka iras mak Neelofa sebijik," tulis Diela.

“Macam muka mak Neelofa la," tulis Ziera.

Gadis berkenaan, Nur Syaza Widad Muhamad ketika dihubungi mStar berkata dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.

“Ada juga cakap macam muka ibu Neelofa tapi kami tak ada kena-mengena pun. Saya berasal dari Penang tetapi dah lama menetap di Kulim, Kedah.

“Secara realitinya saya tak adalah macam Neelofa. Saya sendiri tak nampak langsung di mana persamaan kami.



Widad merupakan pelajar tingkatan lima dan menetap di Kulim, Kedah.

“Mungkin orang tengok wajah saya ada iras-iras, mata orang lain-lain kan tapi ramai kata kami sama pada senyuman," katanya.

Menurut gadis berusia 17 tahun itu, itu bukan kali pertama dia ditegur kerana wajah dilihat ada iras pengacara, pelakon dan usahawan terkenal itu.

“Bukan abang tu je tapi ramai cakap macam tu. Famili pun selalu cakap macam tu. Ada jiran, kawan-kawan mama dan abah beritahu saya senyum ada iras macam Neelofa.

Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu. Kalau ada peluang (jadi model) saya akan minta restu mama, abah. Kalau terbuka hati depa izinkan barulah saya akan buat.

NUR SYAZA WIDAD MUHAMAD

Pelajar

“Bila orang cakap macam tu, saya anggap kata-kata tu sebagai satu pujian dan motivasi untuk berjaya seperti dia.

“Siapa yang tak nak jadi macam Neelofa kan? Aura dia kuat, ramai menyukainya. Jadi kata-kata itu beri suntikan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang," katanya.

Mesra disapa Widad, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menduga video perkongsian jurugambar tersebut menjadi tular di media sosial.



Widad bersama keluarganya.

“Masa tu abang Zarul just panggil untuk tangkap gambar, tak ada fikir apa pun. Terkejut sangat-sangat sebab tak expect orang akan cakap macam tu.

“Ramai kawan screenshot benda sama. Mama dan abah pun dapat mesej screenshot tentang video tu. Mereka OK ja selagi benda tu tak bawa apa-apa kemudaratan," katanya.

Sekiranya ditawarkan sebagai model selepas ini, Widad berkata dia mahu fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditunda ke Februari tahun depan terlebih dahulu.

“Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu. Kalau ada peluang (jadi model) saya akan minta restu mama, abah. Kalau terbuka hati depa izinkan barulah saya akan buat.

“Saya memang pernah impikan nak jadi model tapi tu second option saya. Ketika ini keutamaan saya nak sambung pengajian bidang landskap," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain