suria

Pengantin spontan ‘payung’ taranum semasa majlis kahwin, tak gugup sebab dah biasa... pernah dapat nombor 3 di peringkat negeri

Rakaman memaparkan Ain bertaranum di sisi suaminya sewaktu majlis kahwin mereka mencuri perhatian ramai.

TIDAK dirancang sama sekali.

Demikian kata seorang wanita yang mencuri perhatian ramai selepas dia bertaranum sewaktu majlis kenduri kahwinnya di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 November lalu.

Menurut Nur Ain Najihah Abdul Hakam, 23, dia secara spontan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran selepas pemrintaan dibuat oleh bapa saudara kepada suaminya yang bertugas sebagai pengacara sewaktu majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian, anak tunggal tak fikir lama ketika jumpa bakal ibu tiri - “Saya beli cincin, majlis kahwin Disember ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

"Itu sebenarnya video sewaktu kenduri di kediaman suami. Kami berkahwin pada 12 November. Majlis belah saya dibuat di rumah nenek di Selising, Pasir Putih sehari selepas akad nikah.

"Untuk majlis pada 15 November, bapa saudara suami jadi emcee majlis. Dia memang tahu saya boleh bertaranum. Jadi dia jemput saya alunkan sedikit bacaan.

Ain dan suami selamat diijabkabulkan pada 12 November lalu.

"Secara spontan sahaja saya baca petikan surah dalam lima ke enam ayat. Rasa gementar juga sikit, tapi saya OK sebab dah biasa masuk pertandingan," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ain, dia mendedahkan mula mendalami ilmu taranum sejak berusia 13 tahun dan aktif menyertai pertandingan sewaktu belajar di Tingkatan 2.

Kebetulan video waktu kenduri dirakam oleh abang ipar saya, jadi saya kongsikan je lah.

AIN

Minat itu terus bercambah selepas dia mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.

Paling membanggakan, anak jati Rawang, Selangor itu pernah menyandang tempat ketiga dalam pertandingan taranum peringkat negeri pada tahun 2018.

Kenduri belah pengantin perempuan berlangsung pada 13 November sebelum majlis di pihak lelaki berlangsung di Pengkalan Chepa, dua hari kemudian.

"Dekat universiti saya aktif bertaranum. Pada 2018 saya masuk ke peringkat negeri dan dapat tempat ketiga.

"Saya pun selalu berkongsi video taranum di Instagram. Nak tarik minat orang ramai.

"Saya pun pernah ajar taranum sewaktu di universiti. Saya kongsikan video-video untuk jadi inspirasi kepada orang ramai.

Sekitar kenduri mereka pada 15 November lalu.

"Kebetulan video waktu kenduri dirakam oleh abang ipar saya, jadi saya kongsikan je lah,"ujarnya.

Dedah Ain lagi, dia merupakan penuntut jurusan Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa dan baru sahaja menamatkan pengajian seminggu sebelum dia melangsungkan perkahwinan.

Paparan skrin video yang mencuri perhatian ramai itu.

Kata Ain, dia menguasi tujuh lagu taranum dan berharap lebih ramai anak muda berminat mendalami seni islamik itu pada masa akan datang.

Menerusi video tular di Instagram, Ain berada di sisi suaminya, Nik Fathi Nik Saleh sewaktu dia mengalunkan taranum sambil disaksikan tetamu majlis mereka.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain