suria

Kecoh anak Kelantan tak layak jadi model catwalk posing di kolam renang, tak kisah tiada rupa ‘jambu’ macam Izzue Islam – “Kalau ada kata saya buat gimik, terpulang...”

Sesi fotografi melibatkan sekumpulan pemuda kelahiran Kelantan di kolam renang menjadi bualan netizen. -foto instgaram mrherokelantan

KECOH di media sosial mengenai sesi fotografi model lelaki di kolam renang.

Berbaju hitam termasuk yang tidak berbaju, masing-masing mempamerkan gaya tersendiri sambil memegang sepucuk pistol mainan.

Namun, aksi mereka menjadi perdebatan netizen bukan sahaja kerana merakam foto di kolam renang, bahkan cara memegang pistol mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami memang nak tunjuk bahagian dalam" - Kecoh baju Melayu Hari Raya 'transparent' nampak puting, samping atas lutut

ARTIKEL BERKAITAN: "Baju Melayu tak ketat, model tu sado sangat!"

"Pistol sepatutnya pada eye level. Ni pegang tinggi-tinggi kalau tembak mahu terkepak tangan ke atas," komen netizen.

"Curious kenapa Kelantan je eh yang suka buat modelling stail begini?" soal netizen lain yang merujuk kepada program Kelantan Top Model and Faces 2020.



Antara yang digayakan di kolam renang. -foto instagram mrherokelantan

Penganjur program berkenaan, Muhamad Zaidin Hussin, 53, tampil menjelaskan bahawa sesi fotografi di kolam renang yang menjadi kritikan netizen itu sebenarnya adalah sebahagian daripada cabaran program pencarian bakat dan wajah yang dikendalikannya.

"Fotografi di kolam renang itu adalah Kelantan Faces 2020 yang mana kami menonjolkan bakat-bakat yang mempunyai ketinggian kurang daripada 170 sentimeter untuk lelaki.

"Oleh kerana mereka tidak mempunyai ketinggian yang bersesuaian untuk model catwalk, jadi kami lebih menyerlahkan wajah dan bakat mereka," katanya kepada mStar sambil menambah bahawa pencarian itu turut membuka penyertaan kepada wanita.



Komen netizen mengenai sesi fotografi di kolam renang.

Muhamad Zaidin yang lebih dikenali sebagai Zack Zaideen itu berkata, penyertaan adalah dalam kalangan anak-anak kelahiran di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Pencarian bakat ini seperti program realiti. Masing-masing tak ada pengalaman, apa yang mereka tonjolkan itulah gaya dan keberanian mereka buat pertama kali.

"Disebabkan ia pencarian bakat dan wajah, kami cabar mereka untuk menyelam di kolam renang dan timbul dengan aksi seperti James Bond.

"Kami beritahu mereka siap-siap yang jurugambar akan ambil foto mereka sebaik timbul. Aksi apa yang keluar, pegang pistol ke bawah atau ke atas semuanya secara spontan," ujarnya sambil menambah peserta berumur antara 18 tahun dan 35 tahun.



Komen netizen mengenai cara model memegang pistol untuk sesi fotografi.

Beliau sendiri yang berasal dari Kota Bharu turut memberitahu, lebih banyak kritikan yang diterimanya berhubung program tersebut menerusi aplikasi TikTok.

"Ada yang membayangkan peserta-peserta mempunyai muka comel atau 'jambu' macam pelakon kelahiran Kelantan, Izzue Islam. Ingin saya katakan pencarian ini bukan sekadar rupa semata-mata tetapi bakat.

Disebabkan ia pencarian bakat dan wajah, kami cabar mereka untuk menyelam di kolam renang dan timbul dengan aksi seperti James Bond

ZACK ZAIDEEN

"Sebab tujuannya adalah untuk melahirkan personaliti yang menarik untuk menjadi Instafamous, menjadi duta produk atau membuat reviu produk, sekarang semuanya menggunakan medium media sosial untuk mencari rezeki.

"Peserta tak semestinya kena muka jambu seperti Izzue Islam. Lihat contoh seperti pelakon Remy Ishak, muka dia tak jambu tapi tetap ada karisma dan ada 'market' tersendiri yang menarik perhatian ramai," katanya mengenai mereka yang terpilih akan diberikan wang tunai dan peluang menceburi dalam industri berkaitan.



Zack Zaideen.

Pernah menganjurkan program Mr Hero Kelantan selama dua tahun sejak 2018, Zack Zaideen bagaimanapun tidak terkesan dengan kritikan dan kecaman netizen yang disifatkannya sebagai lumrah di media sosial.

"Sudah tentu ada yang menyokong dan mengecam di media sosial. Kalau ada yang kata saya buat gimik, terpulang kepada mereka nak kata apa kerana akhirnya program saya dikenali.

"Sama juga kalau peserta di luar nanti jadi instafamous, duta produk atau buat reviu, semua kritikan atau kecaman tu akan dihadap mereka. Jadi, mereka perlu lebih bersedia dan lebih yakin bermula sekarang," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain