suria

Dulu upah gunting rambut kawan buat duit makan di kantin sekolah, kini graduan U ini bukan sahaja senior barber tapi ada 3 skil lain... Power!

Hakim kini bergelar senior barber di sebuah kedai gunting rambut di Ipoh, Perak. -foto Ahmad Azizul Hakim Abdul Aziz

BUKAN semua graduan memilih pekerjaan, sekurang-kurangnya tidak bagi pemuda ini.

Kerja yang dilakukannya mungkin biasa-biasa, yang pasti keputusan menjadikan tukang gunting rambut sebagai kerjaya selepas tamat pengajian di universiti mendapat perhatian.

Perkongsian seorang pemuda di laman sosial mengenai kerjayanya sebagai tukang gunting rambut atau barber bukan sahaja dihujani pujian netizen, malah pelanggan yang pernah mendapat khidmatnya turut berasa bangga dengan pencapaiannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal 18 kali, belajar 11 semester baru dapat 'degree'... bakal peguam pernah nak rempuh kereta orang - "Saya bukan slow learner"

ARTIKEL BERKAITAN: Dikagumi kerana 7 semester dapat 4 Flat, Neelofa pun offer hadiah... graduan dedah hampir tukar jurusan - "Saya pernah menangis, banyak kali"

"Tahniah ber, tak sia-sia aku jadi customer dulu. Tumpang bangga!" komen seorang netizen.



Hakim mempunyai pengalaman sebagai tukang gunting rambut sejak di sekolah menengah.

Pemuda berkenaan, Ahmad Azizul Hakim Abdul Aziz berkata, dia baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Ketamadunan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor.

Anak muda berusia 21 tahun itu memberitahu, dia mula bekerja sebagai tukang gunting rambut sambilan di Uptown Danau Kota di Kuala Lumpur ketika masih mengikuti pengajian pada 2016.

"Sebenarnya saya dah mula jadi tukang gunting rambut semasa tinggal di asrama Sekolah Izzuddin Shah (SIS) di Ipoh, Perak pada 2009.

"Mula-mula seorang rakan minta saya tolong trim rambut dia sebab ada pemeriksaan rambut oleh guru displin di sekolah. Lepas tu ramai puji cantik rambut kawan yang saya potong tu hingga ramai minta saya potongkan rambut mereka," katanya kepada mStar.



Bersama rakan-rakan untuk kenangan pra-konvokesyen.

Lebih mesra disapa Hakim, pemuda yang berasal dari Ipoh itu mengenakan caj terhadap setiap pelajar yang menggunakan khidmatnya di asrama.

"Saya cuma kenakan caj RM1 untuk duit belanja sekolah. Dapatlah saya makan nasi goreng di kantin pada waktu rehat.

"Selepas buat part time di Uptown Danau Kota, saya bekerja sebagai barber di sebuah kedai gunting rambut di Ipoh pada 2017 setiap kali cuti semester untuk dapatkan duit poket sendiri," ujar anak sulung daripada tujuh beradik itu.



Hakim berkebolehan bermain alat muzik perkusi.

Menurut Hakim, minatnya dalam sejarah dan gemar membaca sejak kecil membuatkan dia menyambung pengajian dalam jurusan Sejarah dan Ketamadunan di UIAM.

"Saya suka baca buku falsafah dan sejarah. Memang ada hasrat untuk menjadi guru atau pensyarah untuk sejarah suatu hari nanti.

Mungkin segelintir orang kata apalah sangat kerja di kedai gunting rambut, tapi inilah jiwa saya

AHMAD AZIZUL HAKIM ABDUL AZIZ

"Pada masa sama, minat saya dalam bidang gunting rambut juga kuat. Mungkin segelintir orang kata apalah sangat kerja di kedai gunting rambut, tapi inilah jiwa saya," katanya sambil menambah berpengalaman menjadi sukarelawan untuk masyarakat Orang Asli.

Bekerja sebagai tukang gunting rambut sepenuh masa setamat pengajian awal tahun lalu, pemuda yang turut berkebolehan bermain alat muzik perkusi kini bergelar senior barber, malah memegang jawatan sebagai eksekutif kewangan di premis tersebut.



Bersama rakan-rakan menyertai sukarelawan untuk masyarakat Orang Asli.

"Perkongsian saya ini bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa ada tukang gunting rambut dalam kalangan lepasan universiti. Ramai juga barber yang berpendidikan.

"Walaupun kini jadi barber, saya masih membaca tentang sejarah, malah berkongsi maklumat berkaitan sejarah dengan pelanggan secara santai.

"Dengan pelanggan ni bukan setakat gunting rambut mereka kasi cantik dan beri nasihat penjagaan rambut, tetapi juga cara berkomunikasi dengan mereka juga penting," katanya yang mengimpikan untuk mengusahakan bisnes gunting rambut pada masa akan datang.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain