suria

Wanita tak pandai siang ikan ada tugas mencabar kahwin dengan ‘pemakan ikan tegar’, kedai pun tak mampu tolong - “Bab masak saya suka”

Tangkapan skrin video tutorial cara-cara menyiang ikan yang dikongsikan seorang netizen pada perkongsian Nabilah. Foto: Najihaleya

TIDAK semua pasangan berkongsi minat atau perkara yang sama.

Namun perbezaan minat, kecenderungan, mahupun sikap merupakan perkara lumrah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Disebabkan perbezaan yang wujud itulah maka setiap pasangan akan saling melengkapi antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kek terbelah 3 ketika adik ipar menjerit... lebih aneh pelanggan repeat order - “Saya menggigil trauma, dugaan apakah ini?”

Sebagaimana ciapan seorang wanita ini di Twitter, dia berkongsi kisah dirinya yang bertemu jodoh dengan seorang 'pemakan ikan tegar', sama sekali bertentangan dengan minatnya.

Disebabkan suami yang gemar makan ikan lantaran menetap di sebuah perkampungan nelayan, maka sudah semestinya tugas mencabar bagi wanita ini adalah menyiang ikan.



Nabilah bertemu jodoh dengan lelaki yang berasal dari Terengganu.

"Siang 9 ekor ikan is the most challenging kerja dapur I have ever done. Umur 28 baru tau siang ikan. Upside-down face. My parents jarang beli ikan sebab tau anak-anak tak makan. Pastu aku kahwin dengan orang Terengganu makan ikan everyday. Begitulah ye misteri jodoh," tulisnya dalam ciapan berkenaan.

Sehingga kini tweet berkenaan meraih lebih 7,000 retweet dan 16,600 likes.

Ia juga mengundang ratusan komen netizen yang kebanyakannya juga berkongsi 'masalah' yang sama iaitu sukar menyiang ikan.

"Sis anda tak bersendirian. Saya pun lepas kahwin baru MIL (mak mentua) ajar cara yang mudah siang ikan hahaha. Have u tried guna gunting?" komen seorang netizen.

"Dari dulu pandai siang ikan selayang je. Kalau dapat ikan lain memang sampai ke sudah dia tengok aku, aku tengok dia," komen netizen yang lain pula.

"Saya boleh siang ikan-ikan ni. Cuma bukan ikan keli, haruan, belut... senang kata jenis lembik, berlendir dan menyerupai sesuatu. Boleh menangis meraung kalau kena paksa," komen seorang netizen lagi.



Posting Nabilah menjadi tular di Twitter, malah ramai netizen turut berkongsi 'masalah' yang serupa.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nabilah berkata dia sendiri tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian netizen kerana ia sekadar coretan pengalaman.

Menurut wanita berusia 28 tahun yang berasal dari Cheras ini, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sememangnya amat jarang makan ikan.

"Tak sangka jodoh dengan lelaki Terengganu. Suami dan keluarganya memang makan ikan boleh dikatakan setiap hari. Mula-mula sebelum kahwin ada juga timbul perasaan risau dengan penerimaan keluarga mentua.

Ada yang tanya kenapa tak suruh kedai tolong siang. Sebenarnya kami beli dari nelayan saja, bukan pasar. Namun komen paling lucu bila ada netizen kata dia takut nak kahwin dengan lelaki dari Terengganu.

NABILAH

"Namun syukur Alhamdulillah, saya dikurniakan suami dan keluarga mentua yang tersangat baik. Tiada langsung pressure bahagian ini daripada mereka.

"Namun sebagai isteri, saya semestinya mengambil inisiatif untuk belajar dengan bantuan suami. Tak sangka bila tweet, ramai kongsi perkara sama. Ada yang siap beri video tutorial cara-cara menyiang ikan.

"Ada yang tanya kenapa tak suruh kedai tolong siang. Sebenarnya kami beli dari nelayan saja, bukan pasar. Namun komen paling lucu bila ada netizen kata dia takut nak kahwin dengan lelaki dari Terengganu," katanya sambil ketawa kecil.

Nabilah dan suaminya kini menetap di Marang, Terengganu sejak Februari lalu.



Kafe kucing yang diusahakan Nabilah kini diambil alih oleh ibunya selepas dia berpindah ke Marang, Terengganu.

Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini menambah, dia mula terbiasa dengan hidangan berasaskan ikan sejak berkahwin pada 2017.

"Bab masak saya suka dan tiada masalah walaupun tidaklah handal. Macam suami saya, dia suka makan masakan ikan yang ringkas saja seperti ikan kukus goreng, ikan goreng cicah budu ataupun sambal ikan.

"Anak lelaki kami nampaknya mengikut jejak suami kerana makan ikan dari kecil. Cuma apa yang boleh saya kata, kepada wanita di luar sana, janganlah risau kalau tak mahir bab dapur.

"Yang penting cuba untuk belajar. Setiap daripada kita tidak sempurna. Walaupun kurang handal bab dapur, ada banyak lagi perkara atau kebaikan yang boleh ditunjukkan kepada suami dan keluarga mentua," katanya.



Antara kucing yang terdapat di Good Meowning Cafe.

Hampir sembilan bulan menetap di negeri kelahiran suami, Nabilah berkata dia sama sekali tidak menyesal dengan keputusan untuk berpindah walaupun jauh dari pembangunan pesat sebagaimana di ibu kota.

"Perbezaan tentunya banyak. Sebelum ini saya bekerja dan mengusahakan kafe kucing, Good Meowning Cafe di Cheras. Namun sejak pindah, ibu yang ambil alih.

"Yang paling best, harga makanan murah-murah belaka. Aman dan damai sebab dekat dengan pantai. Mungkin jauh sikit dari bandar tapi apa yang boleh dikatakan, saya tak menyesal berpindah ke sini," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain