suria

Aksi wheelie lelaki ini dibongkar selepas ‘back up’ budak main basikal di highway - “Saya lagi suka orang kecam”

Aksi Harzan yang melakukan wheelie tular dan mendapat kecaman di media sosial.

TREND aktiviti berbasikal sebagai riadah masa lapang semakin mendapat perhatian ramai individu di negara ini.

Di sebalik populariti itu, timbul juga pelbagai isu melibatkan penunggang basikal sebagaimana diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, seorang pengusaha perniagaan vape, Ahmad Harzan Zahari menerima kecaman ramai gara-gara video memaparkan dia melakukan aksi wheelie sambil menaiki sebuah basikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat average speed laju supaya boleh show off ke?” - Aktiviti berbasikal jadi trend dan kebanggaan, jurulatih kecergasan bidas rider langgar peraturan

Mesra disapa Harzan, pemuda berusia 24 tahun itu mengakui tidak menyangka rakaman yang dibuat pada Julai lalu itu tiba-tiba menjadi tular setelah dikongsi semula oleh individu lain di laman Twitter.

"Sebenarnya saya ada tegur seorang individu di Twitter, dia kecam budak naik basikal di lebuh raya. Saya cakap, 'jalan tu bukan untuk awak seorang je'.

"Kemudian dia retweet video saya yang sebelum ni, dari situ orang start kecam. Tapi saya tak ambil serius pun.

Harzan mengakui mula melakukan aktiviti berbasikal sejak tahun 2011 lagi.

"Sebab ia hobi dan memang dah lama saya main basikal, dari tahun 2011 lagi. Dah tahu macam mana cara nak imbang, tak nak bagi kena kereta... dah masak," ujarnya kepada mStar.

Menetap di Ampang, Selangor, dia mendedahkan rakaman itu dibuat pada pukul 10.30 malam di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, ia dirakam oleh adiknya dan keadaan trafik pada waktu itu juga sudah sedikit lengang.

Saya lagi suka orang kecam saya, sebab rasa macam mereka ambil perhatian pasal saya.

AHMAD HARZAN ZAHARI

"Bagi saya, benda tu memang bahaya. Tapi saya pun bukannya selalu wheelie. Sekali sekala je, tengok mood dan tengok tempat.

"Trafik tak sesak mana pun masa tu. Keselamatan memang kena jaga. Saya pun dah pernah berkayuh dari Kuala Lumpur ke Melaka.

"Pernah juga masuk pertandingan wheelie dulu. Sebenarnya aktiviti ni untuk sihat tubuh badan, rapatkan silaturrahim, kenal-kenal tempat baharu.

"Saya pun memang ada complete set pakaian, dengan topi keledar, lampu depan dan lampu belakang. Cuma dalam video tu saya tak pakai," ujarnya lagi.

Harzan mengakui tidak kisah dengan kecaman yang diterimanya.

Mengulas video tular yang menerima hampir 90,00 tontonan itu, Harzan berkata dia sendiri tidak ambil pusing dengan kecaman diterima.

"Saya lagi suka orang kecam sebab rasa macam mereka ambil perhatian pasal saya.

"Tapi saya tak ambil hati. Terkejut naik notification di Twitter, tak pernah macam ni.

"Kebanyakannya kecam, yang sokong tak sampai 10 orang. Tapi nasihat saya kepada mereka yang baru berjinak-jinak main basikal, pastikan keselamatan terjaga. Ikut je peraturan jalan raya," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ahmad Harzan, wheelie, basikal, kecam, hobi

Artikel Lain