suria

Isteri berjaya padam syak wasangka ‘darling’! Guru sedar sesuatu selepas ‘berkira’ dengan mamat Bangla, aunty jual biskut

Seorang guru berkongsi kisah mengenai beberapa individu yang meminta sedekah. Foto tribunnews

SETIAP perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Itulah salah sifat Allah iaitu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tanpa sedar ataupun tidak, tuhan memberikan ganjaran kepada kita kerana amalan bersedekah, seperti yang dialami seorang guru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 – "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar servis angkat barang ke kereta, tapi tolak RM10... cikgu akui pakcik itu 'ajar' sesuatu – "Janji apa yang kita buat halal, jalan terus!"

Menerusi perkongsiannya, guru berkenaan dihampiri oleh seorang lelaki warga Bangladesh dengan fizikalnya nampak sihat tapi cuba meraih simpati meminta wang.

"Ada mamat Bangla datang minta sedekah kat saya. Saya tengok badan punyalah sihat takkan kerja minta duit orang.

"Tapi bini saya kata bagi jelah darling, janji ikhlas. Tengok dia buat isyarat tunjuk perut tak makan, kesian juga. Saya pun bagilah seikhlasnya," tulisnya menerusi halaman Facebook Muhammad Yusof.

Sebaik menerima wang berkenaan, pemuda warga Bangladesh itu serta-merta menunjukkan reaksi yang amat mengejutkan di hadapannya.

"Bangla tu punyalah suka siap angkat tangan tinggi, doa kat saya," katanya.



Perkongsian seorang guru di Facebook mengenai amalan sedekah.

Keesokannya, ketika mengajar di kelas, Muhammad Yusof memberitahu, dia menerima mesej yang membawa khabar gembira.

"Saya tengah ngajar tiba-tiba dapat mesej duit menanda (kertas) SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya dah masuk. Banyak juga jumlahnya. Alhamdulillah," katanya.

Tidak terhenti setakat itu, dia sekali lagi didatangi seorang individu tidak dikenali beberapa hari kemudian ketika menikmati hidangan di sebuah gedung perabot terkenal.

"Ada aunty datang kat meja letak kad nak jual biskut RM10. Saya kata kat bini, ish nak buat apalah beli ni bukan makan pun," katanya.

Bini kata tak apa darling, bayar je kita niat sedekah kat dia.

MUHAMMAD YUSOF

Namun, jawapan yang diberikan isterinya adalah sebaliknya.

"Bini kata tak apa darling, bayar je kita niat sedekah kat dia mungkin dia orang susah. Masa bagi duit RM10 tu saya kata tak nak biskut. Nak bagi duit je.

"Aunty tu kata nak bagi juga biskut tu. Bini kata tak apa, kita bagi budak asrama jelah," katanya.



Bersedekah menyedarkan seorang guru mengenai ganjaran yang dijanjikan oleh-Nya. Gambar hiasan

Menurut Muhammad Yusof, pada sebelah malamnya, tangannya rajin untuk memeriksa mesej di Facebook termasuk mesej spam.

"Bila saya check-check buka mesej spam FB rupanya ada dekat 9 ke 10 orang yang nak minta buat paid review kat FB saya. Tapi saya tak jawab lagi. Maaf pada kawan-kawan yang hantar mesej tu.

"Saya fikir, power betul sedekah ni. Kalau tak percaya, ada rezeki lebih cubalah try," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain