suria

Eh tersama pula! Gadis buka kardigan, tak sangka gaya dan fesyennya ‘sebiji’ macam The Rock boleh viral... ramai kata dah rancang awal

Arisya tidak sangka perkongsian gambarnya di Twitter menjadi tular.

"SAMA tapi tak serupa."

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan foto tular melibatkan gadis ini yang kelihatan hampir sama dengan pelakon Hollywood terkenal, Dwayne Johnson atau The Rock.

Dalam foto itu, Arisha Rozaidee mengenakan baju hitam bersama sepasang seluar denim yang digayakan dengan rantai leher dan sebuah tas tangan.

Tanpa disengajakan, ia kelihatan hampir sama dengan pakaian yang digayakan oleh The Rock suatu masa dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terhibur jadi ‘orang ketiga’ selepas terserempak pasangan sweet pakai baju sama - “Saya patah balik, bagi mereka masuk dulu”

Mesra disapa Arisha, dia mengakui segalanya berlaku secara kebetulan dan menafikan andaian kononnya ia sudah dirancang lebih awal.

"Sebenarnya pakaian itu digayakan dengan kardigan di bahagian luar. Tapi saya buka sekejap sebab nak pergi ke tandas.

"Tiba-tiba teringat gambar The Rock. Saya ingat dia pernah pakai baju hitam dan seluar jeans. Tapi bila saya Google, rantai dengan beg di tangan pun sama.

Arisya berkata dia tidak merancang untuk berpakaian sama seperti The Rock.

"Ada orang komen kata tak percaya, cakap saya sengaja buat. Saya pun tak terfikir sebenarnya nak pakai macam tu. Memang kebetulan pakai," ujarnya kepada mStar.

Menurut gadis berusia 23 tahun dari Klang, Selangor itu, dia terhibur dengan foto tersebut dan berkongsi secara suka-suka di laman Twitter.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka ia akan menerima perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Tiba-tiba teringat gambar The Rock. Saya ingat dia pernah pakai baju hitam dan seluar jeans.

ARISYA ROZAIDEE

"Memang rasa kelakar, kawan-kawan pun cakap benda sama. Sejujurnya tak jangka pun akan blow up macam ni. Sekadar berkongsi gambar di Twitter je.

"Gambar tu pun dirakam hari ni (Jumaat) di pejabat," ujarnya yang bekerja sebagai penulis.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 2,100 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

The Rock (kiri) dalam filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen daripada netizen.

Untuk rekod, The Rock merupakan bekas ahli gusti WWE wrestling yang memulakan kerjayanya pada 1996.

Dia kemudiannya mencuba nasib dalam bidang hiburan sebagai aktor pada 2004.

Antara filem yang pernah dibintanginya termasuklah Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw, Jumanji: Welcome to the Jungle, San Andreas dan Rampage.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain