suria

Gadis terhibur jadi ‘orang ketiga’ selepas terserempak pasangan sweet pakai baju sama - “Saya patah balik, bagi mereka masuk dulu”

Baju dipakai Tyla (kanan) sama dengan lelaki dan perempuan dipercayai pasangan bercinta di sebuah pusat beli belah pada Ahad.

"MAAF orang single macam saya rosakkan hari bahagia awak berdua."

Demikian kata seorang gadis apabila dia terserempak dengan lelaki dan wanita, dipercayai pasangan kekasih yang memakai baju yang sama dengannya.

Nurul Atila Edeati Baharuddin, 21, berkata, kejadian berlaku pada hari Ahad apabila dia berkunjung ke sebuah kedai sushi di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

"Sebenarnya saya tengah beratur nak beli sushi. Kemudian kawan tegur, dia kata ada couple pakai baju sama macam saya. Masa tu mereka baru nak masuk dalam kedai.

"Bila nampak tu, saya patah balik dan bagi mereka masuk dulu. Mereka pun perasan baju saya sama, mereka pandang je. Saya agak terkejut juga.

"Ini kali pertama baju yang saya pakai sama dengan orang. Memang menghiburkan. Pesanan saya pada couple tu, saya nak minta maaf sebab post video yang menampakkan mereka, ini gurau-gurau sahaja," katanya kepada mStar.

Baju yang dipakai Tyla sewaktu dia keluar pada Ahad.

Mesra disapa Tyla, penuntut Universiti Selangor (Unisel) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu mengakui tidak sangka video berkenaan akan tular di Twitter sehingga menerima puluhan ribu tontonan dalam masa singkat.

Majoriti netizen terhibur dengan video itu, namun timbul pula satu komen kurang enak setelah video Tyla dikongsi semula oleh sebuah akaun Instagram.

"Saya tak sangka akan viral. Alhamdulillah hampir semuanya komen positif. Saya takut juga kalau kena body shaming.

Saya mungkin tak secantik orang lain, tapi kawan-kawan bersahabat dengan saya kerana saya mungkin kelakar, senang ajak borak dan sebagainya.

NURUL ATILA EDEATI BAHARUDDIN

PENUNTUT UNISEL

"Sebabnya ada satu page kongsi video saya di Instagram, ada orang komen ajak body shaming saya.

"Dia tengok video tu, maybe sebab saya badan besar, dia kata jom body shaming. Tapi majoriti komen positif, kenapa saya harus ambil tahu yang negatif?

"Saya jarang berhadapan dengan perkara sebegitu sebab dikelilingi rakan-rakan yang positif. Sedih juga tapi nak buat macam mana? Mentaliti lain-lain," kata Tyla.

Tambahnya lagi, perlakuan mengutuk rupa paras dan fizikal tidak sepatutnya dilakukan memandangkan setiap manusia dilahirkan berbeza-beza.

Antara komen netizen di Twitter.

Paling penting katanya, isi hati dan akhlak seseorang individu menjadi ukuran utama dalam bersabahat.

"Bagi saya, setiap orang walaupun ada yang fizikalnya mungkin kurang menarik, tapi dia ada personaliti yang menarik. Sebab tu orang nak kawan dengan dia.

"Macam saya, saya mungkin tak secantik orang lain, tapi kawan-kawan bersahabat dengan saya kerana saya mungkin kelakar, senang ajak borak dan sebagainya," ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Sehingga kini, posting video Tyla menerima lebih 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
baju sama, Unisel, body shaming

Artikel Berkaitan

Artikel Lain