suria

Pemuda buat ‘drama’ terdesak nak pinjam RM10,000, kasihan tak ada sanggup bantu... sehinggalah insan terakhir dihubungi sanggup berkorban - “Meleleh air mata aku”

Seorang pemuda menguji beberapa individu untuk melihat reaksi mereka sama ada sanggup menolongnya yang berpura-pura mahu meminjam wang sebanyak RM10,000 untuk tujuan pembedahan. Sekadar gambar hiasan.

SETIAP daripada kita pernah diuji dengan masalah kesempitan wang sehingga ada yang terpaksa tebalkan muka untuk meminta bantuan daripada rakan mahupun ahli keluarga rapat.

Namun tidak semua sudi membantu di saat kita ditimpa kesusahan.

Perkongsian seorang pemuda mengenai tindakan rakannya yang sengaja menguji reaksi beberapa individu dengan berpura-pura mahu meminjam wang RM10,000 menjadi tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik sekejap! Prank pelajar bertumbuk kurang menjadi, cikgu ‘love bite’ enggan tiup lilin pada majlis persaraan

ARTIKEL BERKAITAN: Niat dah baik, malang diri sendiri terjerat gara-gara kenakan ibu masa sahur - “Ada lagi sikit dalam pinggan ayah...”

Menerusi perkongsian tersebut, individu pertama yang dicari rakannya itu bagi membuat bayaran deposit pembedahan di sebuah hospital adalah isterinya.

"Test pinjam RM10,000 sahaja. Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?.

"Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia. Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat 'wayang' pasal nak pakai duit untuk hospital," katanya.

Namun pemuda tersebut terkejut dengan respons diberikan isteri rakannya itu.

Pemuda tersebut berpura-pura kepada isterinya mahu menjalani pembedahan di sebuah hospital. Sekadar gambar hiasan.

"Isteri dia bebel dan tanya macam-macam. Takkanlah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.

"Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu," katanya.

Bercerita lanjut, rakan pemuda tersebut kemudiannya mencuba nasib meminta bantuan daripada kawan rapatnya pula.

"OK beralih kepada orang terpilih kedua. Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap BFF dia.

"Pendek cerita, respons BFF, bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.

"Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah. Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000," katanya.

Bagaimanapun pemuda tersebut berkata rakannya itu akhirnya menghubungi ibunya sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan masalahnya.

"Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong. Siapa orang terakhir dia call ni? Mak dia.

Ibunya sanggup membantu pemuda itu dengan apa jua cara sekalipun. Sekadar gambar hiasan.

"Respons mak dia, mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia," katanya.

Lebih mengejutkan, pemuda itu berkata ibu kepada rakannya itu memberitahu tidak mampu meminjamkan wang dalam jumlah yang dikehendaki tapi akan berusaha membantunya.

"Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000 tapi mak dia minta dia balik kampung.

Selalunya mak bukanlah pilihan terakhir. Mak pilihan pertama cumanya kalau boleh selalu tak nak menyusahkan mak sebab mak dah terlalu banyak berkorban dari mula lihat dunia sampailah membina rumah tangga.

KERIS RIMBA

Pelayar Facebook

"Lepas tu mak dia minta bawa pergi Tabung Haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.

"Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik lain," katanya

Namun sebaik saja selesai cabaran sahabatnya itu, pemuda tersebut terus menitiskan air mata.

"Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woi. Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Antara komen netizen pada posting yang tular itu.

"Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia minta.

"Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu," katanya.

Posting tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Bukan semua isteri macam tu, dan ada juga kawan yang on the spot tolong bila perlukan. Apa pun, mak ayah mesti takkan hampakan kita," kata Anila.

"Moral of the story macam mana susah sekali pun, seorang ibu sanggup buat apa saja untuk anak dia," kata Hanif.

"Selalunya mak bukanlah pilihan terakhir. Mak pilihan pertama cumanya kalau boleh selalu tak nak menyusahkan mak sebab mak dah terlalu banyak berkorban dari mula lihat dunia sampailah membina rumah tangga," kata Keris Rimba.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pinjam wang, ibu, isteri, BFF, prank

Artikel Lain