Gadis bingung terkentut depan pakwe kali pertama keluar dating, adakah hubungan mereka kekal? - “Kuat gila mungkin sebab effect gelak aku”

Dua gadis berkongsi momen lucu ketika tidak sengaja terbuang angin di hadapan lelaki. Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mahu kelihatan menarik apabila bertemu buat pertama kali dengan seseorang yang baru dikenalinya.

Penampilan dan sikap yang dipamerkan pada pertemuan kali pertama itu bakal menentukan sejauh mana hubungan yang akan terjalin kelak.

Jika buruk ‘prestasi’ yang ditunjukkan, maka kebarangkalian untuk dirinya ditolak oleh si gadis atau jejaka idaman amatlah besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rancang jumpa keluarga, kenal pun tidak... teman lelaki disuruh imamkan solat - “Gembira mereka approved pilihan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami saya tengok pun tergelak” - Bentuk roti ‘lain macam’... ramai terhibur tapi ada yang anggap memalukan

Cuba bayangkan, ketika masing-masing sudah dapat menyesuaikan diri dan mula bergelak ketawa kerana selesa antara satu sama lain, namun tanpa diduga anda secara tidak sengaja melepaskan 'angin' yang cukup jelas di pendengaran.

Pastinya situasi yang tadi indah berubah secara drastik menjadi canggung.

Namun itulah situasi yang dialami oleh gadis ini apabila dia secara tak sengaja terkentut di hadapan lelaki yang baru sahaja ditemuinya buat kali pertama.



Gadis tersebut mengakui tidak sengaja terkentut ketika ketawa pada pertemuan kali pertama bersama seorang lelaki. Gambar hiasan

"Hari ini aku jumpa seseorang tapi pertama kali jumpa. Lepas tu dia hantar aku balik. Kemudian aku borak gelak-gelak dan aku terkentut kuat gila mungkin sebab effect gelak aku.

"Kemudian keadaan jadi senyap. Aku cuba buka tingkap (kereta) dan bau hilang. Lepas itu dia act macam okay je dengan aku.

"Cuma persoalan aku sekarang, adakah lelaki akan turn off kalau perempuan terkentut macam ban***ng bunyi dia? Aku tak nak dia turn off dengan aku," demikian pertanyaan gadis berkenaan.

Gadis itu menulis pengakuan memalukan itu menerusi Direct Message (DM) kepada selebriti Twitter, Hanif Jamal (@anep) untuk meminta pendapat daripadanya dan netizen.

Posting yang sehingga kini meraih 10,700 shares itu itu mengundang rasa lucu netizen, malah ada daripadanya turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.



Tangkap layar (screenshot) pengakuan dua gadis mengenai pengalaman mereka terkentut di hadapan lelaki.

"Aku pernah terkentut depan BF (teman lelaki) aku masa dia dalam perjalanan hantar aku balik. Sama situasi, aku gelak tak boleh kawal, pakej kentut berbau.

"Ditambah suasana hujan lebat, jadi aku tak boleh buka tingkap.... jadi hadaplah bau pekat dalam kereta. Tapi dia masih boleh terima aku," tulis seorang pelayar Twitter, juga menerusi DM yang dikongsikan semula oleh selebriti Twitter itu.

Bagaimanapun menurut gadis berkenaan, malangnya hubungan mereka tidak berpanjangan apabila dia secara tidak sengaja mengulangi perkara 'mengaibkan' itu buat kali kedua.

"Sampai sekarang aku single sebab malu jenis tak boleh behave," tambahnya.



Antara komen netizen terhadap perkongsian mengenai pengalaman gadis berkenaan.

Dalam pada itu, pengakuan kedua-dua gadis berkenaan mendapat reaksi yang bercampur baur malah ada netizen yang memuji mereka kerana tidak hipokrit apabila berada di hadapan teman lelaki.

"Perempuan yang jujur sumpah limited edition," tulis seorang pelayar.

"Aku lagi suka girl yang stay true to herself walau dengan siapa pun especially teman lelakinya, daripada yang sangat particular dalam penampilan dan merasakan dia wajar menjaga kelakuan sentiasa," tulis seorang lagi netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain