suria

“Dah suku, patah semula” - Ustaz Ebit gayat naik jambatan gantung di Sabah, terkenangkan kesusahan makcik Bajau terus jadi berani

Foto Ustaz Ebit Lew meniti jambatan gantung di Sabah undang perhatian ramai di laman sosial.

KISAH pengembaraan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ke serata Malaysia dalam membantu golongan memerlukan bukanlah satu perkara yang asing.

Saban hari, ada sahaja kisah-kisah yang dikongsikan sehingga membuka mata banyak pihak.

Terbaharu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit kongsi 3 petua buat mualaf bimbing insan tersayang - “Depan mereka saya buat-buat tabah, dalam kereta saya menangis”

Dalam posting yang dikongsi pada Ahad, foto Ebit yang sedang meniti jambatan gantung di Kampung Rangalau, Kota Belud, cukup mencuri perhatian ramai.

"Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedih je, sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot, lalu jambatan gantung.

"Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku, patah semula di jambatan gantung. Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik berbangsa Bajau Sabah tinggal dalam khemah sebelah sana, alas tanah. Terus jadi berani.

Pertemuan Ebit dengan seorang wanita berketurunan Bajau, Sabah sebagaimana dikongsi di Facebook.

"Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah takut rasa. Kena pandang depan. Tapi tengok anak kecil boleh berlari je dari hujung ke hujung," ujarnya.

Kata Ebit, orang Sabah cukup ramah dan cepat mesra biarpun baru pertama kali berjumpa.

Malah, dia turut memuji warga setempat di sana yang tidak lokek dengan senyuman.

Makcik juga ingin pam air. Saya beri sedikit belanja. Makcik gelak seronok. Sambil makan sireh je.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

Dalam satu posting berasingan, Ebit turut memperincikan pertemuannya dengan warga emas berketurunan Bajau itu.

"Sekali sampai rumah, khemah dah runtuh kena angin kuat. Makcik ini menumpang tinggal di rumah anaknya. Rumah anaknya pun usang dan tiada elektrik dan air pun.

"Mandi sungai. Makcik ini cuma minta sedikit zink dan papan untuk tampal atap bocor hujan masuk rumah dah. Lantai nak runtuh juga.

Antara foto yang dikongsi di Facebook Ebit.

"Makcik juga ingin pam air. Saya beri sedikit belanja. Makcik gelak seronok. Sambil makan sireh je," kata Ebit.

Pada masa sama, Ebit turut mendedahkan dia sudah meminta nombor telefon agensi bukan kerajaan (NGO) setempat untuk membantu membeli beberapa barangan keperluan buat warga emas itu.

Ebit berkata rakyat Sabah cukup mesra dan tidak lokek dengan senyuman.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji kehadiran Ebit ke negeri itu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Malah, ramai yang turut mendoakan Ebit agar terus dimurahkan rezeki dalam meneruskan lagi kerja-kerja kebajikannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ustaz Ebit Lew, pondok, Sabah, Bajau

Artikel Lain