suria

Selepas 3 bulan suasana bersih, nampaknya rakyat Malaysia lebih sukakan tabiat pengotor - “Dah bagi keluar jadi monyet”

Menyedihkan... sampah sarap hanya dibiarkan dan dibuang merata oleh pengunjung di sekitar pantai.

KETIKA kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir tiga bulan sebelum ini, tular beberapa keping foto yang memperlihatkan keadaan alam sekitar seperti sungai dan pantai bebas daripada pencemaran.

Bagaimanapun, keadaan itu hanya bertahan untuk seketika sahaja.

Baru seminggu kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masyarakat nampaknya sudah mula kembali ke 'tabiat asal'.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh netizen mulai tular di media sosial, memperlihatkan beberapa kawasan tumpuan awam dicemari dengan sampah sarap.

Menerusi perkongsian seorang pelayar Twitter, Ayie Dorayaki, kelihatan longgokan sampah sarap seperti bekas makanan dan minuman, pinggan kertas dan sebagainya dibuang sesuka hati di pondok rehat.

Lebih menyakitkan mata, sampah sarap turut ditinggalkan oleh pengunjung di kawasan pantai sekali gus mencacatkan keindahan kawasan berkenaan.



Kelihatan sampah yang dibiarkan pengunjung di persisiran pantai.

"Baru berapa hari PKPP. Rakyat Malaysia tetap selamanya sama. PKP, PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) pantai ini bersih dan sekarang PKPP," tulisnya pada ciapan tersebut.

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar foto-foto yang tular tersebut.

Namun apa yang pasti, rata-rata netizen bengang dan marah dengan sikap sekelompok rakyat yang masih tidak ada kesedaran sivik.



Pemandangan yang jelas menyakitkan mata apabila segelintir pengunjung membuang sampah merata-rata.

Mereka juga turut menyuarakan rasa kecewa kerana wujud individu yang mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dengan berbuat perkara secara sesuka hati.

"Tak rasa bersalah langsung ke diaorang? Aku lempar tisu tak masuk tong sampah dah gelabah gi kutip balik," tulis seorang netizen.

"Tahun dah 2020 tapi otak masih sedekad lepas," komen netizen lain pula.



Netizen meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir pengunjung pantai yang tidak mempunyai kesedaran sivik.

"Berbulan-bulan terperap dekat rumah makin bodoh pula, tak reti nak buang sampah kat mana dah. Suruh duduk diam kat rumah menyalak nak keluar, dah bagi keluar jadi monyet," komen yang lain.

Sehingga kini perkongsian pelayar Twitter itu meraih sehingga 18,700 retweet dan 12,100 like.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pantai, monyet, pengotor

Artikel Lain