suria

PS5 dikatakan pembersih udara keluaran terbaharu... suami akhirnya ‘terjerat’ jawapan bijak isteri - “Dia pintar atau cuma tengah layan kebodohan aku”

Muhammad Afiq memberi 'hint' kepada isterinya untuk mendapatkan permainan video baharu PS5. Foto PS5/Sony Interactive Entertainment Inc / AFP

KAUM lelaki dan permainan video tidak dapat dipisahkan.

Dengan pengenalan peranti permainan PlayStation 5 (PS5) oleh Sony Corp, membuatkan ramai lelaki tanpa mengira bujang atau bergelar sudah suami tak sabar-sabar untuk mendapatkannya.

Menerusi aplikasi WhatsApp, seorang suami bergurau dengan isterinya dengan berkongsi foto PS5 tetapi memaklumkan kepadanya ia adalah produk terbaharu pembersih udara (air purifier).

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah syok lepak mamak dengan kawan, hati teringat baby di rumah... lelaki ini keluar 'arahan' untuk isteri - "Suami pandai, dia tunjuk notification saja"

ARTIKEL BERKAITAN: Berat nak lepas suami masuk pertandingan memancing, isteri teringin ke Paris minta isi borang permohonan dulu - "Alahai... macam buaya darat pula"

"Air purifier siap controller (alat kawalan)," balas isterinya berserta emoji terkejut sebelum terus melayan 'cerita' PS5 yang disebut-sebut suaminya sebagai pembersih udara tanpa rasa pelik.



Tangkapan skrin perbualan seorang suami bersama isterinya.

"Tak tahulah isteri aku ni. Dia ni pintar atau cuma tengah layan kebodohan aku," tulis seorang pengguna Twitter serta berkongsi tangkapan skrin perbualannya bersama isteri.

Suami berkenaan, Muhamad Afiq Helmy Kamaruzaman berkata, dia sememangnya berminat bermain permainan video sejak sebelum berkahwin.



Perkongsian Muhamad Afiq mengenai gurauannya di Twitter.

Pemuda berusia 24 tahun itu bagaimanapun memberitahu, buat masa ini dia hanya bermain permainan video menerusi telefon pintar dan komputer riba.

"Nak kata gamer tu bolehlah sebab kalau masa terluang memang banyak main game. Sebelum kahwin, saya ada PS2 tapi dah rosak.

"Lepas tu, terus tak pegang joystick (konsol). Awal tahun lalu, isteri ada niat nak belikan saya PS4 tapi masih belum lagi ditunaikan sehingga hari ini," katanya kepada mStar.



Isteri Muhamad Afiq terus melayan gurauannya.

Muhamad Afiq menjelaskan bahawa hasrat isterinya itu terpaksa ditangguhkan kerana mereka ketika itu bakal menyambut kelahiran anak pertama.

"Syukur, isteri selamat bersalin pada Oktober tahun lalu. Tapi isteri ada beritahu saya yang dia masih pasang niat nak belikan PS4 tu..

"Sebenarnya saya bagi hint (petunjuk) juga dekat isteri, kalau PS4 tak dapat boleh dapat PS5. Sebab tu saya hantar mesej macam tu bila dah keluar PS5," ujarnya yang menetap di Batu Pahat, Johor.

Saya menunggu dengan penuh kesabaran sambil mengambil hati isteri. Tapi ambil hati isteri bukan kerana PS5 sahaja.

MUHAMAD AFIQ HELMY KAMARUZAMAN

Namun, bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu berpendapat bahawa isterinya dapat menghidu taktiknya berhubung permainan video keluaran terbaharu itu.

"Saya rasa dia dah tahu awal. Cuma dia layan jenaka saya. Tapi, apa yang dinyatakan dalam mesej WhatsApp itulah hint yang saya nak diberi pada isteri.

"PS sebelum ni dah lama rosak. Bila nak kahwin, pakai duit banyak. Jadi, terpaksa tinggalkan minat tu buat sementara waktu. Sekarang ni pegang joystick dan main kat laptop je," katanya.



Muhamad Afiq bersyukur mempunyai isteri yang memahami minatnya bermain permainan video.

Muhamad Afiq yang juga kelindan lori itu bagaimanapun berasa amat bersyukur kerana isterinya begitu memahami minatnya dalam permainan video.

"Isteri kata selagi saya bijak membahagikan masa dengan keluarga, dia okay. Ada rezeki lebih, isteri nak belanja PS baharu selepas kahwin.

"Kesimpulannya, sekarang saya menunggu dengan penuh kesabaran sambil mengambil hati isteri. Tapi ambil hati isteri bukan kerana PS5 sahaja.

"Mak saya berpesan, biar apapun yang kita buat semua kerana Allah. Tapi PS5 sebagai bonuslah," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
PS4, PS5, PS2, PlayStation, air purifier, gamer, Sony

Artikel Lain