Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu”

Foto yang dikongsi di Facebook menerima pelbagai reaksi netizen.

BAGI mana-mana individu yang pernah berdepan peristiwa mistik, pengalaman itu pastinya sentiasa menghantui mereka.

Malah, kita sejak kecil juga sudah tentu sering disajikan dengan pelbagai cerita hantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terbaharu, satu posting mengenai hantu yang dibuat menerusi laman Facebook Saya Anak Perlis ternyata mencuri tumpuan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram bertukar lucu gara-gara pocong berdiri atas helmet abang motor, “Kurang ajar punya hantu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” - Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman

"Jujur. Hangpa kalau jumpa ni hangpa buat apa?" soal seorang wanita menerusi posting itu.

Pada masa sama, dia turut menyertakan sekeping foto seorang penunggang motosikal yang terserempak dengan satu entiti mistik berpakaian serba putih di sebuah jalan yang sunyi.

Sehingga kini, lebih 800 pelayar Facebook memberi komen mengenai tindakan yang akan dilakukan jika mereka berdepan peristiwa seperti itu.

Selain berkongsi kisah masing-masing, ada yang turut memberikan pelbagai cadangan.



Ramai yang memberi cadangan tersendiri jika terserempak dengan entiti mistik di jalan sunyi.

Ada yang memberi cadangan agar individu berhadapan situasi itu membaca doa dan ayat al-Quran, ada pula yang beranggapan lebih baik meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kelibat itu.

"Ish jadi kat aku, nak lari nak u-turn nak pengsan jadi serba tak keruan.

"Berhenti dan lihat dengan hati-hati. Minta berlindung kepada Allah. Baca ayat Qursi sampai dia ghaib. Berlalu pergi walau dalam keadaan takut.

Ajak naik motor. Kesian tengok duduk tengah jalan.

PELAYAR FACEBOOK

"Orang tua dulu-dulu kata kalau nampak hantu londeh seluar.

"Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu... kalau tak percaya pergi dekat dia berhenti pasti dia akan hilang cuba buat kalau tak percaya.

"Kalau sorang aku patah balik. Kalau dua orang ke atas sumpah aku langgar," tulis beberapa netizen.



Posting asal yang tular di Facebook.

Selain itu, ada yang turut berjenaka kononnya mahu mengajak entiti mistik tersebut untuk naik motor bersama.

"Ajak naik motor. Kesian tengok duduk tengah jalan.

"Nak suruh dia tumpang je. Kesian dia

"Minta nombor ekor," tulis seorang lagi netizen secara berjenaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain