suria

Didakwa acah-acah hebat jika kaum hawa hisap vape sampaikan tercetus perang gender di Twitter... ramai pula yang back up! - “Aku tak guna duit kau”

Kisah wanita menghisap vape jadi perdebatan di Twitter setelah ada lelaki memuat naik tweet mengenai topik itu.

SELAIN rokok, ada sesetengah individu memilih untuk menghisap vape kerana ia didakwa kurang bahaya kepada kesihatan diri.

Bukan sahaja golongan lelaki, malah ada juga kaum hawa yang turut menghisap vape di negara ini.

Terbaharu, tweet dua individu mengenai isu itu ternyata mengundang perhatian ramai sehingga timbulnya perdebatan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya vape jalan pintas ganti rokok, selepas 3 bulan perokok tegar ini terpaksa bedah telinga, hidung dan tekak serentak... kos cecah RM20K!

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

Ada yang bersetuju, tak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang dan menyelar kenyataan berkenan sehingga timbul perang gender antara kaum lelaki dan wanita.

"Aku rasa macam nak tampar je perempuan yang hisap vape ni, ingat savage ke?" tulis seorang lelaki di Twitter.

"Bukan rasa nak tampar je rasa nak maki nak pukul nak humban dalam tong sampah pun ada," tulis seorang lagi lelaki.

Bukan sahaja lelaki, kaum hawa juga ada yang menghisap vape di negara ini.

Paparan skrin tweet dua lelaki itu kemudiannya ditularkan semula di media sosial itu kerana dianggap mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ganas terhadap perempuan yang menghisap vape.

Malah, ia disifatkan tidak adil memandangkan tujuan mereka menghisap vape sama sahaja seperti mana-mana lelaki yang turut melakukan perbuatan itu.

Menurut seorang pelayar Twitter, tak semua individu yang menghisap vape mahu menunjukkan bahawa diri mereka hebat dan mencari perhatian ramai.

Dia fikir dia je nak tampar? Kita ni sebagai perempuan dah lama rasa nak tumbuk je jenis hisap rokok atau vape di tempat awam.

PELAYAR TWITTER

Sebaliknya, ada yang menjadikan vape sebagai pengganti kepada rokok sebelum berhenti menghisapnya secara total.

"Ada sesetengah orang hisap vape untuk release stress. Mungkin ia membantu untuk berhenti hisap rokok, jadi dia guna vape. Tak semua hisap vape untuk nampak cool dan savage. Ia bergantung kepada niat," tulis individu itu.

"Oh perempuan hisap vape tak boleh, lelaki hisap vape, rokok, dadah tak rasa nak tampar pula?

Tweet dua lelaki yang ditularkan di Twitter.

"Dia fikir dia je nak tampar? Kita ni sebagai perempuan dah lama rasa nak tumbuk je jenis hisap rokok atau vape di tempat awam," tulis beberapa individu.

Dalam posting sama, beberapa individu yang lain turut tampil mempertahankan diri mereka.

Ujar seorang gadis, dia membeli vape menggunakan duit sendiri dan tidak pernah menyusahkan individu lain.

Ada yang menghisap vape untuk menggantikan rokok kerana ia dianggap kurang memberi risiko kepada kesihatan diri.

Ia sekaligus memberi bayangan bahawa apa yang dirungutkan lelaki itu langsung tidak bermanfaat dan tidak mempunyai hujah yang kukuh.

"Aku hisap vape tak guna duit kau. Ingat perempuan macam ni nak nampak savage ke?

"Hisap vape guna duit sendiri pun bising ke?" soal seorang lagi wanita di laman sosial itu.

Apa-apapun, jauhi perbuatan yang memberi risiko kepada kesihatan diri. Vape atau rokok? Lelaki atau wanita? Tepuk dada tanya selera anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain