suria

“Dia ibarat satu dalam sejuta” - Sanggup bahayakan diri, aksi rider selamatkan kucing bawah kereta terima pujian ramai

Sikap prihatin rider ini menerima pujian ramai di laman sosial.

AKSI seorang rider penghantar makanan yang menyelamatkan seekor kucing di sebuah jalan di Cheras, Selangor pada Khamis menerima pujian ramai di media sosial.

Menurut Nur Amira Rasyidah Ruslan, 18, dia pada waktu itu berada di dalam kereta bersama keluarganya dan sempat merakam tindakan lelaki tersebut sebelum ia dikongsi di laman Twitter.

Mesra disapa Amira, dia mengakui terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan biarpun lelaki itu terpaksa membahayakan nyawanya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider cun dah biasa dirinya jadi tumpuan! Selain sering dipuji, dapat juga makan free, duit raya - “Mak ayah agak risau”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

"Kejadian berlaku pada waktu petang, kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Masa tu lampu isyarat masih merah. Tiba-tiba nampak seekor anak kucing warna oren lari masuk bawah kereta.

"Saya tengok rider tu berhenti motor, dengan beg yang digalas dia cari kucing tu di bawah kereta-kereta yang ada, akhirnya dia dapat tangkap," ujarnya kepada mStar.

Menurut Amira lagi, dia juga sempat memberikan sepaket makanan kucing kepada lelaki tersebut.

Sewaktu kejadian, Amira berada di dalam sebuah kereta bersama keluarganya.

"Mak dengan ayah memang sentiasa standby makanan kucing. Kalau pergi mana-mana, mereka akan bagi je jika ternampak kucing jalanan.

"Masa tu lampu isyarat dah bertukar hijau, takkan kami nak berhenti sebab ada banyak kereta. Saya panggil abang tu dan terpaksa campak makanan dalam paket tu. Dia pun sempat ambil," katanya lagi.

Menurut Amira, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan menjadi perhatian ramai.

Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang.

NUR AMIRA RASYIDAH RUSLAN

SAKSI KEJADIAN

Namun katanya, dia sekadar berkongsi kerana mahu rider tersebut menerima pujian sewajarnya atas tindakan yang dilakukan.

"Saya kongsi sebab nak bagi spotlight pada abang tu. Saya nak cakap terima kasih pada dia.

Tindakan tangkas rider itu berjaya menyelamatkan anak kucing berkenan,

"Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang.

"Saya nak ucap tahniah dan semoga rezeki dia bertambah... teruskan sikap mulia itu," ujarnya.

Sehingga kini, video berkenan menerima lebih 160,000 tontonan di Twitter.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain