suria

Ramai sertai grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kaum isteri jangan tercabar... resipinya bukan calang-calang!

Grup itu sehingga kini memiliki lebih 150,000 ahli.

MASIHKAH anda ingat mengenai grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni yang tular sehingga mendapat perhatian perdana menteri baru-baru ini?

Terbaharu wujud pula satu lagi grup Facebook yang dinamakan 'Suami Masak Apa Hari Ini?' yang memiliki lebih 156,000 ahli.

Menurut pengendali grup itu, ia dikhaskan untuk golongan suami dan bakal suami sahaja dan kaum isteri tidak dibenarkan menyertainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak lucu! Ahli grup FB masakan popular lapor polis selepas terguris hati foto masakan dihina - “Mereka macam tak puas hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa tular ketika PKP, FB ‘Masak Apa Tak jadi Hari Ni’ tarik perhatian PM

Menerusi pemerhatian mStar, ramai ahli grup Facebook itu berkongsi foto masakan mereka.

Jangan disangka golongan itu tidak pandai memasak, malah juadah yang dihasilkan mereka juga bukan biasa-biasa.

Antara yang dikongsikan oleh ahli grup itu.

Ada yang memasak kuftah (sate Arab), seafood tabur, nasi Arab, waffle, nasi biryani, ayam golek, rendang ayam dan macam-macam lagi.

Selain berkongsi air tangan masing-masing, ahli grup itu juga cukup 'supportive' dan saling berbalas komen-komen positif selain turut berjenaka.

Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni elok kalau grup Suami Masak Apa Hari Ni? buat reunion. Kita buat ikut negeri dahulu. Boleh berukhuwah InsyaAllah.

AHLI GRUP FB

Namun, bukan sekadar perkongsian masakan, grup itu turut menjadi platform buat kaum suami bertanyakan kemusykilan mengenai resipi, bahan kandungan dalam masakan dan macam-macam lagi.

"Siapa kata suami tak pandai memasak? Tengoklah, sekali memasak sebulan boleh makan.

Foto rasmi grup Suami Masak Apa Hari Ini?

"Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni elok kalau grup Suami Masak Apa Hari Ni? buat reunion. Kita buat ikut negeri dahulu. Boleh berukhuwah InsyaAllah.

"Bagi saya bab masak ni orang laki jenis senang cerita. Tak cerewet, mudah-mudah je. Campak-campak asal ada je, jenis tak kisah sangat," tulis beberapa ahli grup itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain