suria

“Tiba-tiba dia berdiri atas kerusi, angkat tangan pegang tisu” - Semua bendera dunia ada ‘dalam kepala’ kanak-kanak ini, hanya belajar di Youtube

Uwais menjadi perhatian selepas video meneka nama bendera.

"KENAPA comel sangat dik. Akak yang 24 tahun ni belum tentu kenal bendera."

Demikian komen netizen menerusi video menunjukkan seorang budak lelaki bermain aplikasi filter kuiz meneka nama bendera di laman Instagram.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dapat meneka kesemua bendera dengan betul iaitu Perancis, Poland, Andora, Norway, Belgium, Croatia, Albania dan Austria.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya si comel tudung singkat masuk darjah 1, ibunya akui buat persediaan last minute - "Cuma ada sehari sebelum buka sekolah"

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia, kanak-kanak genius tanya kenapa bumi berputar - "Saya suruh dia cuba tanya pada atuk dialah"

Video yang lain menunjukkan si cilik itu dapat menamakan kesemua planet dalam sistem suria.



Selain peta dan laman Youtube, Uwais belajar tentang negara-negara daripada glob.

Kakak kepada kanak-kanak itu, Zunurain Zulfakar berkata, adiknya, Muhammad Zul Uwais baru berusia enam tahun dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Lebih mesra disapa Ain, gadis berusia 22 tahun memberitahu, idea untuk bermain aplikasi tersebut timbul selepas Uwais melihat story di Instagram rakannya yang bermain aplikasi sama.

"Bila Uwais nampak, dia kata 'Stop! I want to see'. Belum sempat kawan saya teka nama bendera, Uwais dah jawab dulu. Di situ bermula idea untuk Uwais bermain aplikasi yang sama.

"Percaya atau tidak, Uwais belajar sendiri selepas mak ayah belikan peta dan tampal di dinding. Lepas tu baru dia tengok Youtube," katanya kepada mStar.



Ain (kiri) bersama Uwais.

Ain yang merupakan anak kedua berkata, Uwais mempunyai perwatakan ceria dan petah bercakap serta suka bercerita terutama tentang perkara yang dia tengok dan belajar.

"Kalau diam tu maknanya bukan diri dia. Uwais hanya diam bila tak sihat. Walaupun asyik tengok Youtube di telefon, tapi lepas tu mesti dia nak bercerita tentang apa yang dia tengok.

"Selain banyak cakap, Uwais ni memang kelakar. Ada saja aksi lucu yang dia cuba lakukan," ujarnya sambil menambah mereka sekeluarga menetap di Petaling Jaya, Selangor.



Uwais (tengah) bersmaa ibu bapanya.

Berkongsi kisah lucu, Ain berkata, ketika itu dia sekeluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu dan tiba-tiba Uwais muncul membuat kejutan yang tidak disangka-sangka.

"Uwais ambil sehelai tisu putih, dilipatnya jadi bentuk tirus. Lepas tu dia sarungkan kain batik dan pakai crown yang dibuat sendiri sebelum kata 'I want to show something'.

Kalau diam tu maknanya bukan diri dia. Uwais hanya diam bila tak sihat. Walaupun khusyuk tengok Youtube di telefon, tapi lepas tu mesti dia nak bercerita tentang apa yang dia tengok.

ZUNURAIN ZULFAKAR

"Dia kemudian berdiri atas kerusi dan sebelah tangannya yang pegang tisu diangkat menegak. Dia cakap 'Inilah Statue of Liberty!' yang merujuk kepada mercu tanda di New York, Amerika Syarikat," katanya yang bekerja dalam bidang makanan dan minuman.

Menyifatkan adiknya seorang yang manja dan tenang, Ain memberitahu Uwais menunjukkan minatnya untuk mempelajari perkara baharu sejak umurnya tiga tahun.



Selain petah bercakap, Uwais juga seorang kanak-kanak yang ceria dan kelakar.

Tambahnya, selainnya didikan ibu dan bapanya, adiknya itu mudah dan cepat belajar daripada laman video di Internet.

"Uwais pernah juga tiba-tiba pusing beberapa kali dan baca talbiah. Uwais cakap satu hari nanti dia nak pergi buat Haji di Makkah. Jadi, yang pusing-pusing adalah tawaf mengelilingi Kaabah.

"Dia kata lagi nanti kat Tanah Suci, dia nak baling batu-batu kat syaitan (simbolik merejam Syaitan bagi ibadat melontar Jamrah di Mina buat jemaah Haji).

"Dari mana punca yang dia teringin sangat nak pergi Makkah, lepas Uwais cakap dia tengok pasal Haji daripada Youtube. Memang kami terkejut, dan kami sekeluarga sentiasa pantau dia apa yang dia tengok, dan kebanyakannya adalah hiburan ringan dan pengetahuan am," katanya.







Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain