suria

Comel! Nenek usia 85 tahun sanggup bangun awal pagi nak ‘bye’ kru kabin pergi kerja

Perkongsian video Ika mengenai neneknya menjadi tular di Twitter.

SERONOKNYA masih ada nenek..."

Demikian komen seorang netizen berhubung satu video tular di laman Twitter.

Menerusi video itu, Suhimah Ariffin, 85, dilihat melambai kepada cucunya, Nur Afiqah Junaidi atau Ika yang sedang berangkat untuk ke tempat kerja sekitar pukul 5 pagi, Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayangkan cucu... nenek comel 'sound' gambar WhatsApp lidah terjelir, 'typo' tak ada hal!

ARTIKEL BERKAITAN: Niat baik, arkitek nak menangis tak sengaja tumpangkan nenek kononnya cari pengganti saka - “Lima minit je, tapi rasa lama sangat”

Menurut kru kabin berusia 25 tahun itu, dia sudah lima tahun tinggal bersama neneknya memandangkan lokasi kediaman warga emas itu yang berdekatan dengan tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Bercerita kepada mStar, Ika mengakui sudah menjadi rutin neneknya bersengkang mata awal pagi sewaktu dia bersiap sebelum keluar bekerja.

"Dah lima tahun saya tinggal dengan tok mak. Biasa kalau saya nak kerja 5 pagi, saya akan bangun tiga jam awal.

Antara komen netizen di Twitter mengenai posting tular Ika.

"Walaupun saya dah kunci jam, tok mak tetap datang kejutkan. Lepas tu dia masak bagi bekal untuk saya.

"Sampai nak gerak pergi airport dia akan tunggu depan rumah untuk lambai kepada saya," ujar Ika sewaktu dihubungi.

Selain Ika, tiga lagi sepupunya turut menetap bersama warga emas itu di Kampung Melayu, Majidee, Johor Bahru.

Dia pun tahu kita dah besar, dia suka bagi pesan dan nasihat.

IKA JUNAIDI

KRU KABIN

Tambah Ika lagi, datuknya pula sudah meninggal pada tahun 2010 akibat sakit tua.

Dalam pada itu, Ika turut terkejut apabila video lambaian neneknya yang berdurasi empat saat menjadi tular di laman Twitter.

Selain menerima 4,800 ulang kicau (Retweet), video itu juga sudah ditonton lebih 150,000 kali menerusi platform media sosial itu.

Aksi lambaian nenek Ika yang tular di Twitter.

"Agak terkejut juga, tapi semua komen positif. Masing-masing cerita kisah dengan nenek mereka.

"Ada kisah gembira, ada kisah sedih. Tapi saya bersyukur dapat sebarkan sesuatu yang positif.

"Sebenarnya seronok duduk dengan tok mak. Nenek garang juga, tapi bukan jenis marah-marah.

Nenek Ika bersama ahli keluarganya.

"Dia pun tahu kita dah besar, dia suka bagi pesan dan nasihat," kata Ika lagi.

Tambah Ika lagi, dia bersyukur neneknya masih sihat dan gagah untuk menjalani kehidpuan biarpun usianya sudah melebihi angka 80.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
krew kabin, nenek, cucu, Ika Junaidi

Artikel Lain