suria

Rezeki tak salah alamat... pengusaha bengkel motor tertinggal RM800 di ATM terkejut dapat panggilan pemuda tak dikenali - "Saya baru kematian isteri, banyak yang saya fikirkan"

Ishak bertemu dengan Danial yang memulangkan duit yang terlupa diambil dari mesin ATM malam Jumaat.

BEBERAPA jam selepas video seorang lelaki 'mengambil wang' yang terlupa diambil pemiliknya dari sebuah mesin wang automatik (ATM) tular di media sosial, akhirnya duit tersebut diserahkan semula kepada tuan punyanya.

Menurut Ishak Ibrahim, dia sendiri terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang pemuda dikenali sebagai Danial kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

"Memang saya terkejut bila dihubungi pemuda itu. Tapi saya bersyukur sangat-sangat sebab dia pulangkan semula wang berjumlah RM800 itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa dompet berisi RM1,200, lelaki cerdik ini pilih hanya ‘curi’ data sebelum maklumkan pemiliknya - “Dengar ayat tersebut, lagilah buat saya menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun hilang, gadis temui semula wang RM10 pemberian ayah - “Malangnya, itu kali terakhir saya bertemu dengannya”

"Mula-mula dia nak transfer tapi saya cakap nak jumpa dia face to face. Saya minta dia jangan risau sebab saya tak marah dia. Saya juga takkan apa-apakan dia.

"Kami pun berjumpa lepas Maghrib semalam (Jumaat). Dia pun ada minta maaf tapi saya cakap kat dia kalau tak dapat duit tu saya tetap halalkan.

"Memangkan dia dah kembalikan pada saya maknanya rezeki tu masih ada untuk saya," katanya kepada mStar.


Insiden itu turut dirakam dalam CCTV sebuah stesen minyak di Selayang.

Jelas pemuda berusia 49 tahun itu, Danial berkata dia ada cuba mengejarnya tetapi tidak berjaya.

"Saya dengan motor tapi dia naik kereta mana nak dapat. Dia kata cuba nak pergi ke kaunter tapi takut nak serah ke kaunter takut orang kat kaunter tak percaya. 

"Saya pun cakap, sebenarnya dalam premis Petronas semua ada CCTV. Setiap gerak-geri kita akan diperhatikan. Sepatutnya dia kena serah duit tu tapi dia tak buat sehingga dia dikecam netizen," katanya.

Sebenarnya saya baru lepas kematian isteri awal bulan lalu. Jadi banyak benda saya fikir. Pada masa sama saya berniaga kedai motor jadi banyak tanggungjawab.

ISHAK IBRAHIM.

Pengusaha bengkel motosikal.

Namun Ishak yang juga pengusaha sebuah bengkel motosikal di Selayang meminta netizen supaya berhenti mengecam pemuda tersebut.

"Dia minta saya tolong clearkan maruah dia. Saya cakap jangan risau. Lepas pertemuan tu saya delete video yang viral tu.

"Bagi saya kes ni sudah selesai. Lagipun pihak majikan dia pun sudah hubungi saya untuk minta maaf.

Ishak turut memuat naik posting berkenaan pertemuannya dengan Danial di Facebooknya pada Jumaat malam.

"Insiden ini juga jadi pengajaran kepada saya untuk lebih fokus, berlapang dada memaafkan orang dan sentiasa bersangka baik," katanya.

Ditanya mengapa dia terlupa mengambil wang tersebut dari mesin ATM, Ishak berkata terlalu banyak perkara bermain di fikirannya ketika itu.

"Sebenarnya saya baru lepas kematian isteri awal bulan lalu. Jadi banyak benda saya fikir. Pada masa sama saya berniaga kedai motor jadi banyak tanggungjawab.

"Ada waktu saya fikir pasal keluarga, mana nak fikir pasal staf lagi. Kita ni manusia biasa jadi ujian Allah bagi bukan nak membebankan kita sebenarnya, tapi dia nak menaikkan martabat kita.

"Alhamdulillah Allah hadirkan dia datang jumpa saya. Saya syukur sangat-sangat," katanya.

Ishak berkata dia menyedari ketiadaan wang tersebut ketika mahu membuat urusan pembayaran insurans kliennya.

Ishak bersama arwah isterinya yang meninggal akibat penyakit jantung pada awal Januari lalu.

"Bila keluar tu memang saya tak fikir langsung. Saya sedar bila sampai kaunter dekat syarikat urusan pembayaran insurans klien.

"Lepas tu barulah saya teringat. Saya dah agak mesti tertinggal dekat mesin ATM tu. Jadi saya pun minta tolong staf saya pergi semula ke stesen Petronas tu.

"Alhamdulillah mereka pun beri kerjasama dan sedia membantu saya sehinggalah wang tersebut dikembalikan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
duit, ATM, Ishak Ibrahim, Danial, Petronas

Artikel Lain