suria

Kutu jalanan disangka pakai guna-guna pikat bakal doktor... realitinya kini amat mengejutkan - “Jangan pandang rendah sesiapa pun”

Perubahan Ilham yang kini bergelar seorang profesor di sebuah universiti benar-benar mengejutkan Dr Zek.

KATA orang tua-tua janganlah memandang seseorang itu hanya dari rupa paras luaran sahaja.

Buruk di mata kita belum tentu buruk di mata orang lain. Seelok-eloknya kenali tuan punya badan sebelum menghakimi.

Begitu jugalah hakikat seorang pemuda dikenali sebagai Ilham yang dulunya dianggap sebagai 'kutu jalan' tetapi akhirnya menjadi seorang profesor di sebuah universiti terkemuka tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terpaut saat dipujuk ketika menangis, jejaka Guinea pilihan anak Kedah ini bukan biasa-biasa!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah beritahu mak, jangan terkejut tengok dia” - Jururawat pilih suami Sudan, yang kutuk biar 'kutip dosa kering'

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah di Facebooknya, perubahan Ilham beberapa tahun selepas menikahi kakak angkatnya dikenali sebagai Kak Fizah yang juga seorang doktor pakar benar-benar mengejutkan dirinya.

Misteri seorang pemuda yang kelihatan segak dan kemas akhirnya terjawab selepas Dr Ahmad Zakimi atau lebih dikenali sebagai Dr Zek dijemput kakak angkatnya itu ke rumahnya.

Aku pergi ke rumah Kak Fizah dan ada seorang lelaki yang aku tak kenali mengangkat tangan untuk bersalaman dan menjemput aku masuk. Lelaki itu segak, kemas.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah.

“Eh! Sapa ni? Takkan si Ilham kutu tu?” Bermain-main dalam fikiranku. Salam Mie. Masuk Mie. Jemput Mie. Eh siapalah ni agaknya. Suami baru Kak Fizah pula ke?

"Ada seorang lagi tetamu masuk sambil berkata, “Salam Prof Ilham”. Terkejut aku. Adakah Prof Ilham yang aku kenali ni budak kutu dulu? Akhirnya aku bertanya kepada Kak Fizah sendiri siapakah Prof Ilham," katanya.

Jelas Dr Zek, kakak angkatnya itu akhirnya mengakui memang benar suaminya itu budak kutu jalanan yang sering menganggunya suatu ketika dulu.

"Setelah mereka kahwin, (Prof) Ilham menyambung pengajiannya di luar negara. Dia beroleh degree dan kemudian PhD. Kini Ilham bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Malaysia.

"MasyaAllah. Itulah kawan-kawan. Jangan memandang rendah kepada sesiapa pun. Kejayaan, kebahagiaan itu hanya dari Allah. Yakinlah," katanya.

Bercerita mengenai kisah perkahwinan kakak angkatnya itu yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan seorang bergelar ustaz sebelum memilih Ilham sebagai teman hidupnya, Dr Zek berkata semuanya berlaku tanpa diduga.

"Budak Ilham ni sebaya aku saja. Berambut panjang. Pandai main gitar. Suara dia boleh tahan. Dia ni memang nombor satu suka usik Kak Fizah. Sekali Kak Fizah berhenti dan panggil dia.

Dr Zek berkongsi cerita Ilham dulu seorang kutu jalanan sebelum berkahwin dengan kakak angkatnya yang kini seorang doktor pakar. - Sekadar gambar hiasan

Kak Fizah: Dik ke sini jap.

Lalu Ilham menghampiri Kak Fizah dan dalam fikiran Dr Zek: "Tentu kena budak Ilham ni" 

Ilham: Apa Kaklong?

Ilham kelihatan ketakutan. 

Kak Fizah: Siapa nama awak?

Macam mana si Fizah ni suka kat budak kutu tepi jalan tu. Pelik. Ni mesti budak Ilham pakai ayat guna-guna. Itu yang paksu beritahu kepadaku.

DR AHMAD ZAKIMI ABDULLAH.

Ilham: Saya Ilham kak.

Kak Fizah: Kalau saya tanya sesuatu awak boleh jawab tak?

Ilham: Boleh Kaklong. Apa dia.

Kak Fizah: Awak nak kawin dengan saya tak?

Terkejut Dr Zek mendengar apa yang Kak Fizah lafazkan.

Perkongsian Dr Zek mengenai kisah kak Fizah dan Ilham turut menjadi tular di Twitter.

Kak Fizah: Awak dengar tak ni? Boleh awak kawin dengan saya?

Kata Dr Zek, dalam kebingungan Ilham bersetuju dengan permintaan Kak Fizah.

Cerita Dr Zek lagi,  ketika itu Ilham macam blurr, mulutnya terkumat kamit seperti orang nak berkhatan, terkejut,  ketakutan dan kehairanan.

Mana tidaknya,  kata Dr Zek,  Kak Fizah seorang doktor dan dia hanya kutu jalanan yang jauh lagi muda daripada Kak Fizah

Ilham: Ok kaklong (muka kehairanan)

Kak Fizah: Ok. Baik. Nanti bulan depan kita kawin. Esok kita jumpa sini. Kita bincang balik.

Namun Dr Zek berkata perkahwinan kakak angkatnya itu dengan Ilham tetap diteruskan meskipun kurang dipersetujui keluarga.

Kak Fizah kini bahagia bersama suaminya. - Sekadar gambar hiasan.

"Selepas seminggu, maksu dan paksu tahu tentang hal ini. Mereka bertanya kepadaku untuk kepastian. Kedua-dua pakcik dan makcik agak marah. 

"Macam mana si Fizah ni suka kat budak kutu tepi jalan tu. Pelik. Ni mesti budak Ilham pakai ayat guna-guna. Itu yang paksu beritahu kepadaku. Beberapa siri pertengkaran antara Kak Fizah dengan paksu tercetus, demikian ceritanya. 

"Akhirnya, mereka melangsungkan perkahwinan. Paksu dan maksu tak mampu menahan kemahuan Kak Fizah, mereka akur. Itu pilihan dia setelah perkahwinan pertama dia gagal atas dasar pilihan keluarga. Bukan cinta," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain