suria

Dekat majlis kahwin pun sempat buat video TikTok, paling ‘rare’ sampai terhenjut lif – “Kalau lif tu jatuh, tak sempat nak makan nasi minyak”

Video TikTok yang dimuat oleh Dary Asyraf menjadi tular gara-gara mencuit hati netizen.

APLIKASI TikTok sememangnya menjadi kegilaan dan trend pada masa kini.

Justeru, tidak hairanlah golongan tua mahupun muda di seluruh dunia tidak ketinggalan untuk memuat turun aplikasi tersebut di telefon bimbit masing-masing.

Di samping itu, banyak juga video viral TikTok yang menghiburkan serta menunjukkan kreativiti mereka yang menghasilkannya, sepertimana video yang dimuatnaik oleh pemuda ini di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak main TikTok pekerja Pos Laju kena ‘serang’ - “Saya bukan penyebab barang anda lambat sampai”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah selalu sangat layan lagu rock kapak, anak umur 12 tahun ‘terjebak’... ramai terpegun suaranya sebiji macam Mamat Exist!

Bersama tiga rakan lain yang turut menari mengikut rentak ala dangdut, video yang dimuatnaik pemuda bernama Dary Asyraf ini berjaya mencuri tumpuan netizen sehingga meraih 7,100 retweet dan 7,400 like.

Bukan hanya gelagat selamba Dary bersama rakan-rakannya yang menjadikan video tersebut menarik, tetapi kreativiti mereka merekod video di beberapa lokasi di sekitar majlis perkahwinan begitu mengkagumkan netizen.

Paling mencuri tumpuan netizen adalah ketika video dirakam di dalam sebuah lif.

Dary (dua, kanan) merakam video TikTok bersama rakan-rakannya sewaktu menghadiri majlis perkahwinan. 

“Berhenjut lif dia,” komen seorang netizen merujuk kepada keadaan lif sewaktu Dary dan rakan-rakannya menari mengikut muzik aplikasi TikTok tersebut.

“Takut je aku tengok time dekat lif tu,” komen seorang netizen lain.

“Seram gila part dekat lif tu,” komen netizen yang lain pula.

Apabila sedang membuat video scene keluar lif itu ada juga rasa seperti cable lif itu nak putus tapi kami abaikan dan fokus kepada membuat video itu. Kalaulah lif tu jatuh, tak sempat nak makan nasi minyak.

DARY ASYRAF

Berkongsi cerita dengan mStar, Dary yang berasal dari Singapura berkata video tersebut dirakam secara spontan bersama rakan-rakannya sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan kepada abang saudaranya minggu lalu.

“Idea untuk membuat video ini datang daripada seorang pengguna akaun TikTok iaitu ajibbb (@haziqhaikal71 ). Mula-mula ternampak video dia buat memang lawak.

“Banyak juga orang lain buat video TikTok itu seperti Aeril Zafrel, Zukie dan Alieff Irfan. Dari situ memang teringin nak buat video TikTok tu. Pada 9 Februari, kawan abang saudara saya kahwin jadi saya bersama rakan iaitu Putera, Hyrul, Sharizal dan Sufrisno, tiba - tiba ada idea untuk buat video itu dan dari situ mulanya video kami.

“Idea untuk naik tangga turun lif itu semua secara kebetulan, apa yang kami nampak ada di situ kami buat saja,” katanya ketika dihubungi.

Antara komen netizen yang terhibur dengan video TikTok yang dimuat naik oleh Dary.

Bagaimanapun ujar pemuda berusia 23 tahun ini, perkongsiannya di Twitter hanyalah untuk suka-suka, namun tidak menyangka ia mendapat perhatian ramai netizen.

“Memang tidak percaya video kami viral, ingatkan buat video ni santai-santai saja tetapi mendapat sambutan dan ramai yang beritahu video kami kelakar.

“Kami asal dari Singapura tetapi ramai yang sokong kami dari Malaysia. Orang-orang Malaysia memang sporting habis,” katanya sambil mendedahkan video tersebut adalah video yang pertama dirakam bersama rakan-rakannya.

Bercerita lebih lanjut, Dary berkata sewaktu rakaman video dilakukan, ramai yang memerhatikan gelagat mereka memandangkan ia dibuat di majlis perkahwinan.

Dary (kiri) amat meminati artis rap Malaysia, MK dari kumpulan K-Clique. 

“Malu itu memang ada tetapi nak buat video seperti ini kena buat muka selamba.

“Alhamdulillah banyak yang positif, sampai ada yang DM suruh buat video lagi… ramai yang komen pasal lif yang henjut-henjut.

“Apabila sedang membuat video scene keluar lif itu ada juga rasa seperti cable lif itu nak putus tapi kami abaikan dan fokus kepada membuat video itu. Kalaulah lif tu jatuh, tak sempat nak makan nasi minyak,” ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu Dary yang mempunyai ramai kenalan dari Malaysia berkata, dia tidak menolak untuk menghasilkan video lain selepas ini memandangkan reaksi positif yang diterima.

“InsyaAllah jikalau ada idea lagi boleh juga untuk menghiburkan orang lain,” ujarnya lagi. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
TikTok, lif, kabel, nasi minyak, joget, dangdut

Artikel Lain