suria

“Mengaku cat lovers tapi tengok kucing jalanan nampak jijik, rasis sangat” - Si bulus pun jadi mangsa pilih kasih... jangan pandang yang bulu lebat je!

Perkongsian di Twitter mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai netizen. Kredit: Twitter @MisteriJam830.

BERCERITA mengenai topik pilih kasih, ia biasanya berlaku dalam kalangan adik-beradik.

Namun anda jangan terkejut, haiwan comel seperti kucing pun turut menjadi mangsa pilih kasih.

Di Twitter misalnya, satu posting mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan pencinta kucing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing jalan seret perut undang simpati, tekaan pak guard ‘menyimpang’ jauh selepas dibawa jumpa veterinar

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia anak saya, bukan kucing saya” - ‘Darah manis’ don't care, pengantin sanggup tanggung risiko selamatkan ‘gemuk’ buat hal

"Sembang diri cat lovers tapi nak bela kucing bulu lebat je," tulis satu pesanan di Twitter.

Ia ditulis atas kotak sebagaimana trend popular masa kini itu turut disertakan dengan tanda pagar #kucingkampung.

Menurut seorang guru tuisyen yang juga pemilik kucing, Siti Suraya Jamil, hal itu sememangnya wujud dalam dunia hari ini.

Posting yang tular di Twitter.

"Kalau kita tengok di jalanan banyaknya kucing yang kurus dan berbulu pendek. Jarang kita lihat kucing bulu lebat dan gemuk dibiarkan di pasar atau di kedai makan.

"Kalau ada pun, mesti orang ambik untuk bela. Walhal kucing kampung atau jalanan ni sifatnya tahan lasak dan suka bermain.

"Kalau boleh, kita seimbangkan mereka. Jangan memilih. Kucing kampung dan jalanan juga nak kasih sayang kita," ujarnya kepada mStar.

Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan.

SITI SURAYA JAMIL

GURU TUISYEN

Menurut gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia berbesar hati apabila topik itu menjadi perhatian ramai di Twitter.

Jelasnya, ia memberi gambaran bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang peka dan mempunyai belas ihsan terhadap haiwan.

Menetap di Shah Alam, dia turut memiliki 12 ekor kucing di kediamannya, merangkumi pelbagai jenis baka serta yang menjadi mangsa buangan orang.

Siti Suraya bersama salah seekor kucing belaannya.

"Ada yang orang buang kat rumah saya. Ada yang saya bela kucing jalanan. Saya bela dua-dua, yang bulu panjang dan kucing kampung atau jalanan.

"Saya harap orang ramai bawa makanan kucing spare dalam beg untuk bagi kucing jalanan makan sebab ini salah satu punca kita dimurahkan rezeki selalu.

"Jangan pilih kasih antara kucing berbulu lebat dan kucing yang biasa kerana masing-masing perlukan kasih sayang kita.

Antara kucing peliharaan Siti Suraya.

"Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, semua kucing sama sahaja malah kehadiran si bulus itu banyak memberi kegembiraan tatkala dia di ambang kesedihan.

Dalam pada itu, posting tular di Twitter @MisteriJam830 yang dikongsi semula oleh Siti Suraya sehingga menjadi tular turut menerima lebih 26,000 ulang kicau (Retweet).

Pesanan yang tular di Twitter.

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

"Ya weh aku menyampah betul acah sayang kucing tapi jumpa kucing comot bukan main jijik lepas tu jumpa kucing cantik acah-acah buat story.

"Kucing jalanan ni kalau kita bela dari kecik boleh je nak kasi bulu dia lebat tapi bergantung pada makanan harian juga.

"Mengaku cat lovers tapi tengok kucing jalanan nampak jijik, rasis sangat," tulis beberapa pelayar Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain