Wah! 9 tahun bercinta, sama-sama suka melaram... ramai puji OOTD pasangan kekasih ini - “Bukan pakai baju rempit yang betul-betul baju couple tu” - Viral | mStar

Wah! 9 tahun bercinta, sama-sama suka melaram... ramai puji OOTD pasangan kekasih ini - “Bukan pakai baju rempit yang betul-betul baju couple tu”

Foto-foto 'OOTD'pasangan kekasih ini mencuri perhatian netizen.

SESETENGAH individu yang bercinta mungkin tidak begitu ambil kisah tentang gaya dan pemakaian pasangan masing-masing. 

Biasalah, lumrah semasa bercinta semuanya nampak indah belaka di depan mata. 

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain sibuk OOTD tapi pemuda ini selfie dengan sampah, siap tegur publik tak kira pangkat - “Kalau botol plastik ni bernilai, abang dah kaya”

Namun, berbeza pula dengan pasangan ini yang berkongsi minat sama dengan bergaya dan mengabadikan foto 'outfit of the day' (OOTD) di laman sosial. 

Perkongsian Nurul Diyana Ahmad Hasbullah tular apabila dia memuatnaik beberapa foto menunjukkan dia dan pasangan sedang 'selfie' sambil menggayakan pakaian mereka di cermin.  

Posting itu meraih lebih dari 4,400 ulang kicau dan 14,000 tanda suka di Twitter, malah rata-rata netizen memuji gandingan mereka berdua yang sporting melaram dan bergambar bersama-sama.  

Perkongsian Diyana mengenai foto-foto 'ootd' nya dan pasangan tular di laman sosial.

"When I say jom matching baju with my partner, this is what I mean. Bukan pakai baju rempit yang betul-betul baju couple tu. 

"Smartnya OOTD sis plus tak ada pun gambar peluk memeluk pegang memegang dengan boyfriend.

"Pandainya mix and match oh my god," komen beberapa netizen.  

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Diyana atau lebih mesra disapa Diyana memberitahu dia memuat naik gambar-gambar OOTD bersama pasangannya menerusi bebenang Twitter sempena meraikan ulang tahun percintaan mereka yang kesembilan tahun.  

Menurut pemilik butik pakaian yang berasal dari Kedah itu, dia tidak menduga perkongsian foto bersama teman lelakinya itu akan tular di media sosial.  

"Sebenarnya saya buat thread  foto ni sempena anniversary perhubungan kami yang kesembilan tahun. 

Sebenarnya saya buat thread foto ni sempena anniversary kami yang kesembilan tahun. 

NURUL DIYANA AHMAD HASBULLAH 

"Saya tak sangka ia akan viral sebab biasanya saya post gambar kami berdua dekat Instagram je. Baru pertama kali buat thread OOTD kat Twitter, bila tengok gambar tu dah viral," katanya.  

Diyana yang berumur 23 tahun ini berkata, dia dan pasangan biasanya akan merancang untuk memakai pakaian yang sepadan sebelum keluar bersama.  

Anak kedua daripada lima adik beradik ini juga mengakui aktiviti bergambar bersama ketika keluar berjalan-jalan sememangnya sudah menjadi satu rutin memandangkan mereka berdua suka bergaya. 

"Sebelum kami keluar, sekurang-kurangnya boyfriend saya akan beritahu nak pakai baju warna apa. Saya tak ajar dia nak pakai apa sebab kami masing-masing memang suka berfesyen. 

"Jadi, bila buat pilihan pakaian, ia adalah cita rasa masing-masing. Setiap kali keluar kami memang selalu ambil gambar atau rakam video. Saja nak abadikan momen-momen bersama," ujarnya.  

Diyana dan pasangan ada merancang mendirikan rumah tangga, namun bukan dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai pakaian yang digayakan Diyana, dia selesa memakai baju dari butiknya sendiri tetapi ada juga pakaian dari butik-butik di pusat beli belah. 

"Ramai yang tanya saya, baju beli kat mana. Kebanyakan baju yang saya pakai adalah dari butik saya sendiri. 

"Tapi ada juga yang beli dekat bundle ataupun kadang-kadang di Uniqlo atau H&M. Kebiasaannya kalau belanja pun dalam RM150 macam tu," tambahnya.

Pasangan ini berhasrat untuk menamatkan zaman bujang, namun menyatakan ia bukan dalam waktu terdekat. 

OOTD , fesyen , kekasih

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain