Dahsyat penangannya! Mat salih kutuk nasi lemak dalam pesawat British Airways akhirnya buat U-turn - “Kamu betul, ia sedap” - Viral | mStar

Dahsyat penangannya! Mat salih kutuk nasi lemak dalam pesawat British Airways akhirnya buat U-turn - “Kamu betul, ia sedap”

Katie mengubah pandangannya tentang rasa nasi lemak apabila mencuba versi sebenar hidangan itu selepas dikecam baru-baru ini. -foto Twitter

KATA orang, tak kenal maka tak cinta!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang wanita 'mat salih' yang akhirnya mengaku akan keenakan hidangan tempatan kegemaran ramai, nasi lemak.

Nama wartawan yang berkhidmat di sebuah agensi antarabangsa itu baru-baru ini menjadi tular setelah dia mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan British Airways.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan mat salih ‘diserang’ tentera bawang Malaysia, nasi lemak trending di Twitter - “Saya tak berniat mahu menyinggung sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Balik jual baju, saya buat nasi lemak” - Ramai puji kegigihan 'owner' Nasi Lemak Gantung, tidur pun cantik

Menurut Katie Morley, juadah yang dihidangkan dalam penerbangan 13 jam itu disifatkan sebagai makanan dalam pesawat yang paling teruk pernah dinikmatinya.

Tweet wanita itu pantas menarik perhatian netizen negara ini sehingga dia teruk dikecam.

Posting terbaharu wartawan itu di Twitter.

Terbaharu, dia pada Isnin berkongsi mengenai pengalamannya menikmati versi sebenar nasi lemak yang sedap dan berbeza dengan versi dalam pesawat British Airways.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya patut cuba nasi lemak sebenar.

Tweet wanita itu yang menerima kecaman ramai baru-baru ini.

"Kamu betul, ia sedap. Tak sama dengan hidangan dalam pesawat British Airways yang saya dapat," tulisnya di Twitter.

Katie turut berkongsi dua foto yang digabungkan dalam satu kolaj menerusi laman sosial miliknya.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya patut cuba nasi lemak sebenar.

KATIE MORLEY

WARTAWAN

Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut menghujani posting berkenaan dan memberi komen mengenai perkongsian tersebut.

"Jika kamu datang ke Melaka, Malaysia, saya akan sediakan nasi lemak asli untuk kamu.

Katie sebelum ini pernah menikmati nasi lemak dalam penerbangan British Airways yang disifatkannya sangat teruk.

"Kamu patut cuba makan nasi lemak sambal kerang. Sangat sedap.

"Lain kali kalau datang Malaysia... bagitahu kami. Kami akan belanja makan makanan tempatan yang lain," tulis beberapa netizen.

Katie Morley , nasi lemak , British Airways

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain