suria

Famous sebab suka buat kejutan, kini pasangan sweet ini terima ‘gangguan’ seram... dihantar sihir mantera di IG - “Itu bukan fake account”

Hafiz terkilan, segelintir masyarakat masih mengamalkan kepercayaan khurafat untuk memuaskan hati.

MESKIPUN sudah memasuki tahun 2020, masih ada lagi dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut malah tergamak menghantar sihir kepada orang tertentu demi memuaskan hati sendiri. 

Dalam dunia hari ini, sihir seolah-olah bergerak seiring perkembangan teknologi apabila didakwa boleh dihantar menerusi laman sosial hanya kerana manusia mempunyai perasaan iri hati melihat orang lain bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang Limosin' akhirnya nikah, tunggu kejutan seterusnya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah ‘fake’ kejutan demi kejutan suami” - Syafiqah Aina akui segalanya disembunyikan, anggap ia bonus

Begitulah kisah tular yang dikongsi oleh seorang pemuda apabila dia menceritakan pengalaman isterinya, Syafiqah Aina yang hampir disihir menerusi ruangan komen dalam bentuk mantera di Instagram. 

Berkongsi cerita kepada mStar, Hafiz Mahamad memberitahu, kejadian berlaku apabila foto isteri bersama anak sulungnya yang dimuatnaik Syafiqah Aina dipercayai mendapat komen berbentuk sihir mantera daripada pengikutnya di laman sosial itu. 

Perkongsian Hafiz tular di laman Instagram apabila dia menceritakan pengalaman isterinya yang cuba disihir menerusi ruangan komen.

Hafiz mengetahui perkara tersebut pada Ahad malam selepas isterinya memaklumkan dia mendapat komen pelik dan panjang daripada salah seorang pengikut di media sosial. 

Kongsinya lagi, isterinya yang sedang asyik membaca komen pada foto yang dimuatnaik terperasan ada salah seorang pengikut telah meninggalkan komen panjang berbentuk sihir mantera berserta namanya, tetapi tidak menghabiskan bacaan itu.

"Berlaku di Instagram isteri saya, kira-kira pukul 11 malam dalam tiga hari lepas. Masa tu, my wife tengah scrolled Instagram untuk read komen dekat gambar yang dia baru post. Gambar dia dengan anak pertama kami. 

"Biasanya, kalau kita post gambar and followers beri komen panjang-panjang, kita nak baca. Tapi bila isteri saya baca, komen tu pelik. Itu bukan macam komen, tapi itu mantera sihir yang disertakan dengan nama isteri saya lagi kat situ," katanya. 

Hafiz terpaksa menghapuskan komen yang ditinggalkan individu berkenaan supaya tidak memudaratkan pengguna laman sosial lain. 

Bagaimanapun, Hafiz berkata dia terpaksa memadam komen itu di Instagram isterinya supaya tidak memudaratkan pengguna lain di laman sosial itu.

Tambahnya, dia enggan mendedahkan identiti individu berkenaan meskipun mengetahui akaun laman sosial yang digunakannya bukan palsu. 

"Saya ingat lagi, part akhir pada komen itu ditulis, 'Jahanam la kau' dan banyak lagi yang saya tak boleh nak faham. Untuk elakkan orang lain baca, dan terkena pada orang lain, saya suruh isteri saya padam, tapi  sempat screenshot. 

"At first, ingatkan orang yang komen tu pakai akaun fake, tapi sebenarnya akaun tu real. Dan saya tak nak dedahkan individu tu. Mujur isteri saya tak baca sampai habis dan dia sempat tunjuk pada saya," ujarnya. 

Pemuda berusia 27 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan kerana masih ada lagi manusia yang mengamalkan perbuatan khurafat menghantar sihir meskipun zaman teknologi serba moden masa kini. 

At first, ingatkan orang yang komen tu pakai akaun fake, tapi akaun tu real. Dan saya tak nak dedahkan lah individu tersebut. Mujur isteri saya tak baca sampai habis dan dia sempat tunjuk dekat saya.

HAFIZ MAHAMAD 

Bapa kepada seorang anak ini juga berasa kecewa dengan tindakan segelintir masyarakat yang memiliki sifat hasad dengki dan tidak senang duduk melihat pasangan lain bahagia.  

"Cuma saya tak berapa faham, dah masuk tahun 2020, masih ada lagi orang nak hantar sihir-sihir ni sampai kat ruangan komen pun boleh. Dan saya tak tahu apa motif mereka. 

"Macam dulu, sebelum kahwin pun kami dikecam, lepas kahwin pun kena kecam sebab tak ada anak, now dah ada anak pun kena kecam. Terkilanlah," tambahnya. 

Hafiz juga menyatakan niatnya berkongsi setiap posting bersama isteri di laman sosial bukannya kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar mahu dijadikan inspirasi supaya pasangan suami isteri di luar sana menghargai pasangan masing-masing walaupun sudah berumah tangga. 

Hafiz tak berniat untuk menunjuk-nunjuk bahagia di laman sosial, malah ingin dijadikan inspirasi.

"Apa yang saya kongsi di laman sosial tu bukannya niat nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan saya dengan isteri. Tujuan saya muat naik hanya untuk cipta momen yang nanti saya dan isteri boleh lihat. Untuk cipta kenangan.

"Selain itu, ada jugalah nak dijadikan inspirasi supaya pasangan suami isteri di luar sana pun masih boleh 'sweet-sweet' dengan partner masing-masing walaupun dah berkahwin," katanya.

Sebelum mendirikan rumah tangga, Hafiz pernah dikecam netizen kerana dianggap mahu menunjuk-nunjuk sikapnya yang suka memberikan kejutan demi kejutan kepada Syafiqah Aina.

Dia juga pernah membawa isterinya menaiki limosin, selain menghadiahkannya kereta serta pernah membuat kejutan membawa ibu bapanya dan pasangan menaiki kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor semasa mereka sedang bercinta.

Hafiz dan Syafiqah Aina mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata yang berusia tujuh bulan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sihir, mantera, Syafiqah Aina

Artikel Lain