suria

Drama dalam mall! ‘Panas’ lihat gambar kaum sejenis dirakam curi-curi, wanita ini berani sergah 2 lelaki - “Gadis itu menangis terduduk di lantai”

Seorang wanita yang bertindak berani berdepan dengan dua lelaki yang didakwa merakam gambar seorang gadis secara curi-curi mendapat pujian daripada netizen.

“SAYA nampak sahaja logo ‘trashbin’ di telefonnya dan bila tekan klik, ia adalah galeri yang dipenuhi dengan gambar ramai gadis”

Demikian cerita seorang wanita yang berkongsi pengalamannya berdepan dua lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis dengan cara merakam gambarnya secara bersembunyi.

Menerusi satu bebenang di Twitter, wanita itu berkata kejadian berlaku pada Jumaat lalu, yang mana ketika itu dia berada di sebuah pusat beli belah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan ‘nak try’ model, tak henti-henti telefon nak berkenalan - “Bukan sebab tak kacak atau dia rider, tapi macam psiko pun ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 2 anak menangis jadi mangsa gangguan seksual lelaki gempal - “Dia rapatkan badan, saya boleh rasa sesuatu terkena pada punggung”

“Saya perasan dua lelaki ini memerhatikan seorang gadis yang cantik saat dia berjalan berhampiran. Dan saya dapat rasa mereka ada niat tidak baik.

“Dipendekkan cerita, saya ternampak salah seorang daripada lelaki tersebut secara diam-diam mengambil gambar bahagian belakang gadis itu dan cepat-cepat berlalu,” cerita wanita itu.

Menurut wanita tersebut, dia berasa amat marah dengan perlakuan lelaki berkenaan dan tanpa melengahkan masa, dia terus menghampiri kedua-dua lelaki itu, bimbang mereka menghilangkan diri.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya berdepan dengan dua lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis dengan merakam gambar tanpa kebenaran. 

Sebaik berdepan dengan dua lelaki tersebut, wanita itu dengan tegasnya memberitahu bahawa perbuatan merakam gambar seseorang tanpa kebenaran merupakan tindakan yang salah.

Justeru dia dengan tegasnya meminta lelaki yang mengambil gambar gadis tadi menunjukkan galeri foto di telefon bimbitnya.

“Pada mulanya dia menafikanya, tapi percayalah ketika itu saya sebenarnya agak takut tapi saya tinggikan suara sambil memandang tepat ke dalam matanya dan berkata 'saya tahu apa yang awak buat, tunjukkan telefon awak sekarang!’.

“Dia kemudian menunjukkan galeri telefonnya dan di situ ada gambar bahagian belakang gadis tersebut dan dia memadamnya di hadapan saya. Dan dia kemudian menutup telefon tersebut,” kata wanita berkenaan.

Perkongsian seorang wanita yang dibuat menerusi bebenang di Twitter yang menceritakan pengalamannya.

Insiden ‘perang mulut’ tidak berhenti di situ sahaja apabila dua lelaki berkenaan mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan mereka hanya mengambil gambar di dalam pasaraya tersebut.

“Saya ambil telefonnya dan buka galeri, tapi malangnya ia dalam bahasa Cina jadi mati kutu kejap dan saya cuba untuk berpura-pura tenang walau tangan menggeletar.

“Saya nampak ‘trashbin’ dan bila klik, memang banyak gambar gadis. Saya hanya padam gambar gadis tadi. Takut apabila padam gambar yang lain, mereka akan lakukan sesuatu pula. Sumpah memang seperti nak menangis. Lelaki itu ketawakan saya, sumpah rasa tak berdaya nak padam gambar lain.

“Saya berikan semula telefonnya dan kemudian saya beritahu kejadian yang berlaku kepada gadis cantik tadi. Dan perkara yang sangat tak dijangka berlaku depan mata, dia menjerit kepada dua lelaki berkenaan dan meminta telefon daripada mereka,”cerita wanita itu.

Wanita tersebut turut memberi nasihat agar orang sekeliling wajar peka jika terlihat kejadian yang seumpamanya. 

Menurut wanita berkenaan, perang mulut kemudian berlaku pula di antara gadis tersebut dan dua lelaki berkenaan, dengan ketiga-tiganya 'bertekak' menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Sehinggalah pada kemuncak pertengkaran, gadis berkenaan menampar salah seorang lelaki tersebut, dan ia dibalas dengan serangan sebelum seorang lagi lelaki itu menarik rakannya untuk menghentikan pergaduhan tersebut.

“Lelaki tersebut kemudian berlalu, dan orang ramai hanya menjadi penonton. Saya ambil gambar kesan di leher gadis itu, dan saya sempat berkata kepada mereka, saya akan laporkan kepada polis.

“Saya rasa seperti tak mampu lakukan apa-apa, gadis itu pula menangis terduduk di lantai,” ujarnya.

Menurut wanita tersebut, gadis yang menjadi mangsa gangguan itu hanya mampu menangis sambil terduduk selepas pertengkaran tersebut. (Gambar sekadar hiasan)

Dalam pada itu, wanita itu meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir orang awam yang ketika itu berada berhampiran namun hanya sekadar melihat tanpa menawarkan apa-apa bantuan.

“Tolonglah terlibat berbanding hanya sekadar melihat di tepi. Ia adalah tanggungjawab kita semua, sebagai masyarakat, sebagai manusia.

“Kepada gadis saya sarankan, jika anda lihat sesiapa melakukannya (merakam), cuba bertindak seperti saya. Tegas, dan anda tak perlu pukul lelaki itu. Beritahu tindakan mereka salah.

Antara komen netizen yang memuji tindakan berani wanita berkenaan.

“Lagi baik jika ia berlaku di tempat awam, lelaki itu tak boleh lakukan sesuatu kepada anda. Sentiasa pastikan telefon bimbit bersama anda, rakam jika boleh, ia adalah bukti,” ujarnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut sehingga kini meraih sehingga 5,200 ulang kicau, selain turut dihujani dengan komen netizen yang memuji tindakan berani wanita itu demi mempertahankan wanita lain. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain