suria

“Kau boleh tenang tak pasal tatabahasa ni?” - Pernah jumpa Zach King, Will Smith, personaliti media sosial ini tak melatah diejek salah grammar

Bakat Sofian sebelum ini turut menarik perhatian pelakon, Will Smith (kiri) dan personaliti media sosial, Zach King.

BAKAT jejaka ini dalam penghasilan video kesan khas ternyata membawa tuah apabila dirinya mula dikenali ramai termasuk di luar negara.

Lebih hebat, dia turut mendapat perhatian personaliti media sosial antarabangsa, Zach King dan pelakon terkenal, Will Smith.

Namun, Mohammad Sofian Abdullah juga tidak terlepas menerima komen-komen negatif di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “It's crazy, ia benar-benar berlaku” - Selepas jumpa anak tempatan ini, Zach King terus nak datang Malaysia buat magik

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal”

Paling ketara tentunya komen mengenai kemampuan Sofian untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 23 tahun itu mengakui banyak dihujani komen sedemikian sejak video miliknya menjadi tular tempoh hari.

"Saya perasan banyak komen mengenai grammar. Tapi saya tak akan avoid benda tu. Saya baca sahaja walaupun ia negatif.

"Saya akan cakap terima kasih dan ambil teguran itu. Kecuali memang mereka hina dengan tujuan memalukan, memang akan terasa.

Satu posting tular yang mempertahankan Sofian di Twitter.

"Kalau komen melampau sangat, saya biasanya akan padam dan block sahaja. Tapi setakat ni, tak ada komen yang terlalu melampau," ujarnya.

Menurut Sofian, dia hanya mendapat keputusan B dalam subjek bahasa Inggeris sewaktu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Atas inisiatif sendiri, dia kini sedang mencari kelas bahasa Inggeris yang bersesuaian untuk dirinya.

"Bukan tak minat tapi saya memang lemah dalam bahasa Inggeris. Saya sekarang tengah cari kelas dengan waktu yang bersesuaian.

Ada yang komen, lebih baik cakap Melayu je. Saya sebenarnya mahu pelbagaikan bahasa untuk pergi lebih jauh.

MOHAMMAD SOFIAN ABDULLAH

"InsyaAllah saya target untuk merantau dan cari projek di luar negara. Target saya untuk bekerjasama dengan Zach King.

"Jadi memang kena bawa 'bekal' bahasa Inggeris, untuk memudahkan komunikasi," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sofian turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana yang ikhlas menegur kesilapannya.

"Ada yang komen, lebih baik cakap Melayu je. Saya sebenarnya mahu pelbagaikan bahasa untuk pergi lebih jauh.

Antara komen mengenai tatabahasa Bahasa Inggeris Sofian di Twitter.

"Saya take note yang tegur ikhlas. Saya juga tanya kawan-kawan untuk betulkan.

"Tapi kalau komen nak hina, saya minta mereka cari benda lagi berfaedah untuk dibuat. Kalau niat nak jadi haters, baik buat benda lain," katanya lagi.

Dalam pada itu, satu tweet yang mempertahankan kemampuan Sofian berbahasa Inggeris menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di laman sosial itu.

Malah, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Sofian agar dia memperbaiki penguasaannya dalam bahasa itu supaya lebih maju lagi pada masa akan datang.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain