Nak tegur OK, tapi samakan wanita ini dengan lembu gara-gara nose piercing... memang cari pasal! - Viral | mStar

Nak tegur OK, tapi samakan wanita ini dengan lembu gara-gara nose piercing... memang cari pasal!

Walaupun terdapat individu yang mengejek wanita ini namun ramai yang tampil memberikan kata positif.

"HANYA disebabkan saya nose piercing, kamu semua tergamak samakan saya dengan binatang seperti 'lembu'! Sempurna sangatkah kamu?" luah seorang wanita susulan memuatnaik sekeping gambar dia bertindik di hidung.

Inilah yang menimpa ke atas Nur Nabilla Abdul Rahman apabila dikecam ramai selepas memuat naik dua foto bagi berkongsi perubahan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ehh, banyak bulu kat tangan... syok ni” - Gadis misai down asyik dihina, tergamak pemuda minta RM10 nak padam tweet body shaming!

Posting tersebut dimuat naik Nabilla pada Selasa dengan kapsyen, 'Padan muka yang reject aku masa sekolah rendah dulu'.

Bagaimanapun, posting tersebut tular di laman Twitter hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Salah seorang individu meninggalkan komen negatif pada posting itu.

Berkongsi dengan mStar, Nabilla berkata, dia tidak menyangka akan timbul isu seperti ini kerana niatnya hanya ingin berkongsi beberapa foto di Twitter.

"Sebenarnya saya tweet biasa saja, lepas tengok ada seorang perempuan ni dia post gambar dia yang dahulu dengan sekarang. Samalah macam saya, saya post sekadar suka-suka untuk berkongsi perubahan saya dahulu dan sekarang.

"Tiba-tiba ramai yang kecam sebab saya nose piercing. Netizen tak nampak benda lain, mereka hanya nampak itu sebagai kesalahan dan terus samakan saya dengan lembu," luahnya.

Jelas wanita berusia 30 tahun ini, oleh kerana terlalu marahkan beberapa individu yang menyamakan dirinya dengan haiwan, dia kemudian memuat naik foto mereka  di Twitter miliknya.

Tahu saya tak layak untuk bagi nasihat, ya lah dengan tak bertudung, bertindik lagi. Satu saja saya nak pesan, kamu boleh kutuk atau ejek seseorang tu tapi ingat, perkataan-perkataan kurang ajar macam itu tolong elakkan sebab ia boleh bagi tekanan pada individu itu.

NUR NABILLA ABDUL RAHMAN

Mangsa

Kesal dengan tindakan lelaki berkenaan, Nabilla sekali lagi meluahkan rasa terbuku dalam dirinya menerusi bebenang (thread) pada posting tersebut.

Walaupun begitu, wanita ini bersyukur kerana masih ada individu yang memberi respons positif dan kata-kata semangat untuknya.

Malah rata-rata netizen kembali mengecam tindakan individu terbabit serta meluahkan rasa simpati ke atasnya.

Antara komen netizen yang menyokong Nabilla.

"Sebab saya terlalu sakit hati dan marah, saya retweet  kata-kata penghinaan mereka. Mereka kata, 'orang tu kira untung reject. Takut dia kahwin dengan lembu saja' dan 'ini orang atau lembu?'

"Syukur juga, rupa-rupanya masih ada yang sokong dan bagi respons yang positif pada saya. Tipulah tak marah kalau disamakan dengan lembu, rasa sangat kecewa dan kesal namun saya tidak nafikan masing-masing ada pendapat. Lagi pula kita tak boleh buat semua orang suka dengan cara kita," katanya.

Merupakan anak bongsu daripada enam beradik, Nabilla berkata selepas sahaja individu terbabit dikecam, dia akhirnya memohon maaf menerusi pesanan mesej.

Permohonan maaf daripada salah seorang individu yang mengutuknya.

"Alhamdulillah, ada seorang yang DM saya minta maaf, dia cakap akaun dia kena hack. Tak tahulah betul ke tidak, tapi bagus juga sekurang-kurangnya dia tahu dia salah dan minta maaf. Yang lain langsung tidak, mungkin bagi mereka sudah terlalu sempurna...

"Orang boleh cakap apa yang mereka nak cakap. Saya tahu tak semua orang terutama Melayu boleh terima jika kita bertindik, saya faham. Tapi saya OK saja, boleh terima teguran orang macam, 'bukalah tak payah pakai, tak elok'... Tapi kenapa sampai nak panggil saya lembu!" luahnya.

Jelas Nabilla yang kini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian, dia masih boleh terima teguran atau nasihat orang ramai tetapi jangan sampai menghina.

Tampil berkongsi pengetahuan berkaitan isu nose piercing.

"Selain itu, saya juga ada baca satu komen ini dia cakap 'tindik hidung' bagi wanita diharuskan asalkan ia tidak memudaratkan kerana ia sama seperti tindik telinga dan Nabi Muhammad pun tak pernah menghalangnya. Tapi itulah realitinya masyarakat kita, mereka tak boleh terima benda itu," kata Nabilla.

Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama dia diejek malah sebelum ini terdapat beberapa kenalannya pernah menyentuh dan menjadikan rupa fizikalnya sebagai bahan gurauan.

"Isu face shaming dan body shaming ini boleh dikatakan saya dah biasa kena. Ada yang kata saya gemuklah, berjerawatlah dan macam-macam sebab itu saya dah tak kisah. Tapi bila sampai tahap nak samakan saya dengan 'lembu' mestilah saya marah.

"Saya tahu saya tak layak untuk bagi nasihat, ya lah dengan tak bertudung, bertindik lagi... Tapi satu saja saya nak pesan kamu boleh kutuk atau ejek seseorang tu. Tapi perlu beringat, perkataan-perkataan kurang ajar macam itu tolong elakkan sebab benda ni boleh bagi tekanan pada individu itu.

"Ada yang sampai hilang keyakinan diri, kemurungan dan ada yang sampai rasa nak bunuh diri! Nak pula yang jenis tak kuat nak hadap," luahnya dengan berharap agar masyarakat lebih peka dengan isu seperti ini.

Namun begitu, melalui semakan di laman web Islam Itu Indah, hukum menindik hidung dengan niat untuk dipersembahkan kepada suami adalah harus tetapi jika untuk dipamerkan di hadapan khalayak ramai, maka jelaslah hukumnya adalah haram!

bertindik , lembu , kecam

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain