Dihujani mesej gara-gara BF material, bakal doktor gigi letak syarat mulut tak boleh berbau! – “Kalau dia tak masak, saya ada...” - Viral | mStar

Dihujani mesej gara-gara BF material, bakal doktor gigi letak syarat mulut tak boleh berbau! – “Kalau dia tak masak, saya ada...”

Selain meminati bidang pergigian, Muhammad Aizat juga berkebolehan memasak terutama spaghetti carbonara. Foto ihsan Muhammad Aizat Iskandar

SEBUT saja doktor gigi, pastinya menjadi mimpi ngeri buat kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak malahan walaupun sudah bergelar dewasa pun.

Ramai yang takut nak bertandang ke klinik pergigian, apatah lagi menghadap muka doktornya, dengan bayangan sama ada gigi kena cabut atau rasa ngilu sepanjang prosedur rawatan.

Namun, perkongsian seorang pemuda di laman sosial menarik perhatian ramai yang selama ini berasa gerun untuk membuat pemeriksaan gigi di klinik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je"

ARTIKEL BERKAITAN: 1 dalam 80 juta! Rakan sebilik terkejut tengok sisi lembut ‘bro askar’ gigih siapkan bunga origami untuk GF - “Ingatkan tengah buat assignment...”

“Bolehkah doktor gigi jadi boyfriend material anda?” dan “Mak awak tak nak menantukan doktor gigi ke?” adalah antara perkongsiannya.

Perkongsian Muhammad Aizat menarik perhatian di laman sosial.

Salah satu kapsyen itu turut dimuat naik dengan gambarnya bersama seorang rakan sehingga menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Assalamualaikum doktor. Gigi saya tak cantik, boleh rawat gigi dan rawat hati sekali? Eh,” ujar seorang gadis secara berseloroh.

“Weh kalau ni doktor gigi yang periksa gigi aku... aku terkam tangan dia,” tulis seorang lagi.

Pemuda berkenaan, Muhammad Aizat Iskandar memberitahu, dia merupakan pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di Universiti Malaya (UM). 

Muhammad Aizat merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di Universiti Malaya.

Walaupun perkongsian tersebut sekadar suka-suka, tetapi bakal doktor gigi berusia 20 tahun itu mahu mengubah minda segelintir masyarakat mengenai pergigian.

“Segelintir masyarakat masih takut-takut jumpa doktor gigi. Mereka rasa seram, sedangkan teknologi moden sekarang buatkan rawatan pergigian lebih mesra pesakit.

Posting tu juga nak tunjuk bukan semua orang yang berkaitan dengan pergigian ini mengerikan, tetapi mereka juga mesra dan sporting,” katanya kepada mStar.

Muhammad Aizat bagaimanapun tidak menyangka tulisannya di Twitter itu menarik perhatian ramai malah dihujani banyak mesej secara peribadi (DM).

“Saya terkejut bila ramai yang DM, yang kelakarnya kebanyakannya mesej hai dan tanya bila boleh buat appointment. Kelakarlah sebab saya masih belajar untuk jadi  doktor gigi,” ujarnya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Bersama rakan-rakan di Universiti Malaya.

Mengenai boyfriend material, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak meletakkan hanya ‘gigi cantik’ sebagai syarat untuk berkenalan dengannya.

“Kalau susunan gigi orang tu tak cantik atau tak pakai braces, itu semua di luar kawalan mereka kecuali membuat rawatan. Asalkan dia kena jaga kebersihan gigi dan mulut tak berbau.

Kalau susunan gigi orang tu tak cantik atau tak pakai braces, itu semua di luar kawalan mereka kecuali membuat rawatan. Asalkan dia kena jaga kebersihan gigi dan mulut tak berbau.

MUHAMMAD AIZAT

“Jujurnya, kadang-kadang memang saya akan tengok juga gigi mereka tapi tak adalah sampai nak periksa satu persatu kan. 

“Saya sebenarnya lebih tertarik kepada gadis yang intelektual dan berfikiran matang serta pandai berfesyen,” ujarnya.

Muhammad Aizat tertarik dengan gadis yang berfikiran matang, intelektual dan pandai berfesyen.

Muhammad Aizat turut menjelaskan bahawa dia bukan seperti segelintir lelaki yang hanya mahu memilih teman wanita yang pandai memasak dan membuat kerja rumah.

“Sekarang ni zaman moden, lelaki dan perempuan dah sama-rata. Saya tak perlu pun cari teman yang pandai masak sebab boleh masak sama-sama.

“Kalau dia tak boleh masak, saya ada boleh masakkan,” katanya secara berseloroh sambil menambah gemar memasak spaghetti carbonara.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain