Tragedi piring sama warna mangkuk buat gadis ini serik rakam aksi memasak – “Bukan ‘acah-acah’... takut telefon pula tercampak” - Viral | mStar

Tragedi piring sama warna mangkuk buat gadis ini serik rakam aksi memasak – “Bukan ‘acah-acah’... takut telefon pula tercampak”

Gara-gara sama warna dengan mangkuk, Puteri tercampak piring yang mengandungi serai dan bawang putih ke dalam kuali. Foto ihsan Puteri Nur Haziqah Hasbullah

SEMAKIN ramai sering berkongsi aktiviti harian mereka di laman sosial, apa saja yang dilakukan masing-masing dimuat naik termasuk memasak.

Kalau nak tunjuk kepakaran memasak, segala-galanya dirakam bermula dari penyediaan bahan-bahan, menumis dan mengaulnya secukup rasa sehingga siap.

Namun, malang menimpa seorang gadis apabila piring mengandungi hirisan serai dan bawang putih tercampak dalam kuali berisi minyak mendidih semasa membuat rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pegang rambut masa potong ayam, pemuda ‘jambu’ tak berbaju curi perhatian, “Mama cakap nak buat menantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri “Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan”

“Aku serik dah nak masak sambil rekod,” menurut perkongsiannya di laman sosial dengan memuat naik video hanya dua saat sehingga menjadi tular.

Bahan-bahan serai, bawang putih dan cili yang digunakan Puteri untuk memasak sebelum tercampak piring ke dalam kuali.

Gadis berkenaan, Puteri Nur Haziqah Hasbullah berkata, insiden yang berlaku di rumahnya, baru-baru ini sewaktu mahu memasak nasi goreng Tom Yam.

Baru berusia 22 tahun, Puteri menjelaskan dia sebenarnya pertama kali membuat rakaman masak memasak untuk dikongsi di laman sosial.

“Saya baru pertama kali rakam untuk kongsi di Instagram. Mula-mula nak rakam tu macam video-video masakan lain, mesti nak tunjuk bahan-bahan yang nak ditumis.

“Sebab pertama kali, bercampur gementar, saya langsung tak perasan piring oren yang ada serai dan bawang putih tu sebenarnya di atas mangkuk kecil yang mengandungi cili juga warna oren. Sudahnya, tercampaklah piring tu sekali,” katanya kepada mStar.

Nasi goreng Tom Yam masakan Puteri.

Mengimbas kembali kejadian itu, Puteri yang dalam keadaan panik segera mengangkat piring oren tersebut menggunakan tangannya.

“Masa tu memang panik, apa yang dapat saya fikir adalah ambil piring tu keluar dari kuali. Semuanya dilakukan dengan pantas.

Nasib baik tak melecur tapi sebab saya pegang hujung piring je. Selepas tu saya terus basuh tangan dengan air sejuk

PUTERI

“Nasib baik tak melecur tapi sebab saya pegang hujung piring je. Selepas tu saya terus basuh tangan dengan air sejuk,” tambah anak jati Johor Bahru, Johor itu.

Puteri bagaimanapun menegaskan bahawa rakaman yang dibuatnya itu bukan disengajakan untuk menarik perhatian ramai di media sosial.

Puteri (kanan) bersama rakan-rakan sekerja menikmati masakannya semasa waktu rehat.

Jelas anak sulung daripada tiga beradik itu, klip video berdurasi dua saat tersebut hanyalah sebahagian daripada video penuh nasi goreng Tom Yam masakannya.

“Ada orang kata saya saja ‘acah-acah’ nak tunjuk piring tu tercampak kat kuali je. Bukan ‘acah-acah’ sebab lepas tu, saya ada sambung rakam.

“Saya ni memang suka masak. Biasanya, saya masak dalam jumlah yang besar, dan kemudian bekalkan untuk diri sendiri dan rakan-rakan di tempat kerja,” ujar Puteri yang bertugas sebagai penasihat jualan.

Kejadian ‘piring tercampak dalam kuali’ membuatkan Puteri berasa serik tetapi masih mahu membuat rakaman mengenai masakannya pada masa akan datang.

“Serik sebab tak sangka jadi macam ni. Saya akan rakam lagi tapi kali ini tak kan tunjuk proses awal seperti nak tumis atau campak-campak bahan.

“Cukuplah rakam bahan-bahan, masa mengacau dan bila dah siap masak saja. Kalau rakam campak bahan-bahan, takut telefon pula yang kena nanti tercampak dalam kuali,” katanya secara berseloroh.

nasi goreng , kuali , piring , Tom Yam , tragedi , mangkuk

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain