suria

“Stop fitnah dia, biarlah dia dengan dunia glamor” – Lelaki perjelas jantina individu tular bergambar dengan Syed Saddiq

Individu yang didakwa transgender (dua,kanan) turut memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq dalam satu pertemuan baru-baru ini.

SELEPAS desas-desus mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan seorang individu yang didakwa merupakan golongan transgender, terbaharu tampil pula seorang lelaki memberikan penjelasan mengenai status jantina sebenar individu berkenaan.

Menerusi dua posting di Facebook, lelaki yang menggunakan akaun Nasir Yaacob itu mendakwa, individu tersebut merupakan bekas isterinya.

“Ya betul, ex-wife sayalah yang tengah viral tu. Dia perempuan tulen, bukan transgender, stop fitnah dia. Dan biarlah dia dengan dunia glamour dia,” tulis lelaki berkenaan pada satu posting di Facebook, malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai guna perkataan pondan” - Syed Saddiq nafi setiausaha transgender, ajak fokus isu rakyat 

Dalam satu posting berasingan, lelaki berkenaan sekali lagi menjelaskan status jantina sebenar individu tersebut, selain meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap bekas isterinya itu.

“Dia perempuan tulen, bukan transgender. Dia ibu kepada dua anak saya. So please stop fitnah dia,” tulisnya lagi.

Posting tersebut mendapat respon daripada netizen dan kenalannya yang bertanyakan kesahihan mengenai berita yang mula tular sejak Isnin.

Posting yang dimuatnaik seorang lelaki di Facebook menjelaskan status jantina individu yang didakwa transgender. 

Namun tidak kurang juga netizen yang melahirkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Terdahulu, tular sebuah video yang menunjukkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Video berdurasi satu minit itu mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, termasuklah dakwaan individu tersebut adalah pembantu peribadinya, malah ada yang turut berkata wanita itu adalah pondan.

Antara komen netizen pada posting yang dimuat naik lelaki berkenaan.

Dalam masa yang sama, individu yang menggunakan nama @cleopatra_x3 turut berkongsi gambarnya pertemuannya dengan Syed Saddiq dalam laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, menteri muda itu tampil menafikan dakwaan bahawa individu berkenaan merupakan seorang transgender yang dilantik sebagai setiausahanya.

“Sekejap dengar dia PA saya (Padahal tidak). Sekejap dengar dia 'Pondan' (Padahal seorang ibu). Sekejap dengar dia dapat 'kontrak' (Padahal tiada).

“Boleh tak kita fokus isu rakyat yang sebenar? Pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup, perumahan mampu milik. Inilah isu anak muda,” tulisnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain