suria

Abang Foodpanda berpeluh tiga lapis pakai kostum hantar makanan, “Pelanggan terkejut... mujur bukan betul-betul panda yang datang”

BAJU onesie atau kostum berupa baju tidur berunsurkan haiwan kini menjadi kegilaan ramai, terutama dalam kalangan anak-anak muda.

Bukan lagi dipakai untuk waktu tidur, busana itu semakin selesa diangkat sebagai tema untuk majlis tertentu, sama ada hari ulang tahun atau tema tertentu.

Bayangkan sekiranya penghantar makanan Foodpanda yang selama ini memakai baju warna merah jambu dengan logo panda, tetapi beralih kepada kostum panda semasa menunggang motosikal ketika membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok gadis berbaju Melayu, pemuda sado cabar diri pakai baju kelawar... Alamak! Mak tambah pakej “tepek bedak sejuk, pakai anak tudung”

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman bertukar Aimi gara-gara retweet melebihi sasaran, remaja lelaki ayu berbaju kurung di sekolah, “Dulu challenge buat pengakuan kat ‘crush’ tapi...”

“Cukup 10 retweet (ulang kicau) aku buat Foodpanda pakai onesie (kostum) panda ni. Bosan cuti sem dah nak habis,” menurut perkongsian di laman sosial Twitter yang menjadi tular, sehingga diulang kicau lebih 7,000 kali.

Muhammad Safwan mencabar diri di media sosial.

Pemuda berkenaan, Muhammad Safwan Azman berkata, dia tidak menyangka cabarannya yang sekadar suka-suka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Jelasnya, dia sebenarnya mahu menghidupkan suasana ceria pada minggu terakhir bekerja sebagai penghantar makanan sebelum menyambung semula pengajian bagi semester baharu awal September.

“Hampir tiga bulan saya kerja jadi penghantar makanan sambilan, dan ini minggu terakhir saya sebab semester baharu bermula minggu depan.

“Sedihlah juga sebab dah biasa hantar makanan, tapi tanggungjawab sebagai pelajar juga perlu diteruskan. Jadi, saya hidupkan mood ceria untuk hilangkan kesedihan,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.

Penampilan dalam kostum panda memberi kejutan kepada pelanggan.

Muhammad Safwan yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor berkata, kostum haiwan yang dipakainya begitu sinonim dengan nama servis penghantaran makanan itu.

“Sebenarnya saya sudah lama ada kostum ni yang dibeli awal tahun ini. Malah, saya pernah pakai semasa majlis makan malam tahunan bagi kelab aktiviti mendaki. 

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berpeluhnya saya pakai kostum sebab ada tiga lapis, sebab ada baju seragam Foodpanda dan baju sarung lengan pakai di dalam.

MUHAMMAD SAFWAN

“Tema malam tu ala retro, macam 70an. Sengaja lari daripada tema, saya beli dan pakai kostum panda untuk nampak kelainan,” ujarnya.

Kemunculannya dalam kostum panda pada makan malam itu bagaimanapun mengejutkan rakan-rakan yang menyifatkannya terlalu berani dan yakin.

Tampil kelainan semasa majlis makan malam bertemakan retro.

“Mereka macam tak percaya, sampai kata saya terlalu confident. Saya ok saja, tak lah malu,” kata Muhammad Safwan yang berasal dari Puchong, Selangor.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, cabaran memakai kostum panda hanya beberapa jam pada Selasa, sebagaimana yang dijanjikan.

“Ada kira-kira lima pelanggan bertuah yang terkejut, pada masa sama gembira dengan kemunculan saya dalam kostum panda. Mujur, bukan betul-betul panda yang datang.

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berpeluhnya saya pakai kostum sebab ada tiga lapis, sebab ada baju seragam Foodpanda dan baju sarung lengan pakai di dalam.

Muhammad Safwan terpaksa memakai tiga lapis baju untuk memenuhi janjinya.

“Lebih selesa apabila menunggang motor pergi hantar makanan kat pelanggan sebab dapat rasa angin, air peluh pun jadi sejuk,” katanya secara berseloroh.

Muhammad Safwan berkata, pengalaman itu memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati membuat cabaran di media sosial pada masa akan datang.

“Mungkin bilangan retweet yang saya letak tu terlalu sikit. Selepas ini saya akan pastikan jumlahnya terlalu tinggi untuk buat cabaran lain... mungkin pakai kostum panda masa mendaki pula,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
panda, foodpanda, kostum

Artikel Lain