Duit tak cukup, tapi mak di kampung teringin nak tengok ‘beruang’... ini yang anaknya buat! “Sepanjang perjalanan kena himpit” - Viral | mStar

Duit tak cukup, tapi mak di kampung teringin nak tengok ‘beruang’... ini yang anaknya buat! “Sepanjang perjalanan kena himpit”

Anak patung beruang BabyEL pulang ke kampung menaiki bas.

KEBIASAANNYA cuti minggu sebelum peperiksaan akan digunakan siswa dan siswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung masing-masing buat seketika.

Peluang tersebut tidak dilepaskan seorang gadis untuk menjenguk kampung halamannya di Parit Buntar, Perak, tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia berat hati untuk tinggalkan rumah sewanya itu walaupun hanya seminggu.

Seorang gadis yang hanya mahu dikenali BabyEL dilihat termenung memikirkan sama ada mahu membawa balik atau tidak seekor patung beruang kesayangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gomol ‘bear’ depan pakwe sampai kotor terkena mekap... gadis ini sedih dicop gedik, “Memang suara saya kecil, manja macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Sanggup Berhabisan Demi Empat Orang Bayi Palsunya

Apa yang menarik, patung beruang itu bukan bersaiz normal, sebaliknya lebih besar daripada pemiliknya.

Rakan serumah BabyEL, Nur Nazurah Abdul Aziz, 20, memberitahu rakannya itu kelihatan termenung sendirian sehari sebelum pulang ke kampung.

"Malam sebelum balik (Selasa) dia bertanyakan satu rumah sama ada boleh atau tidak membawa balik patung beruang itu.

Patung beruang dirakam duduk di kerusi penumpang.

"Rata-rata cakap tak perlu bawa balik sebab terlalu besar dan berat. Tapi BabyEL cakap, mak dia nak tengok dengan mata sendiri sebab dia selalu bercerita mengenai patung beruang besarnya itu.

"Kami ingat dia tak bawa balik, tapi sebaliknya berlaku. Dia sanggup bawa patung beruang itu naik Grab ke LRT untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)," ujar Nur Nazurah.

Menurut pelajar Damai Service Hospital Of Technology ini, pada mulanya rakan serumahnya itu mahu membeli dua tiket  bas untuk pulang ke kampung, tapi kerana duit tidak mencukupi dia hanya beli satu sahaja.

"Cuma dia bernasib baik kerana penumpang bas ke Parit Buntar hari itu tidak penuh.

Rata-rata cakap tak perlu bawa balik sebab terlalu besar dan berat. Tetapi sebaliknya berlaku.

NUR NAZURAH ABDUL AZIZ

"Jadi dapatlah beruang itu duduk 'selesa' dan 'tenang' di sebelahnya.

"Dia ada cakap pekerja syarikat bas yang periksa tiket cakap, 'besar-besar nak pergi mana?'. Sebelum itu juga dia ada cakap, naik LRT berhimpit-himpit dan ramai juga yang ambil gambar patung beruangnnya itu," jelasnya yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Nur Nazurah memberitahu, dia berkongsi gambar anak beruang menaiki bas dan duduk di sebelah BabyEL di laman media sosialnya.

Netizen turut tertarik dengan posting yang dimuat naik Nur Nazurah.

"Dia ada cakap sepanjang perjalanan beruang itu himpit dia. Kami memang tergelak dengar kisah lucu BabyEL.

"Selepas memuat naik gambar beruang itu di Twitter,  memang tak sangka ramai yang 'retweet' sebab itu hanya suka-suka sahaja nak 'update'.

"Macam terkejut juga la sebab tiba-tiba banyak notifikasi masuk," jelasnya yang mendapat lebih 24,000 ulang kicau terhadap status tersebut.

beruang , naik bas

Artikel Lain