Lihat perompak bersenjata santai terjah rumah, orang awam mula rasa tak selamat, “Masuk rumah macam ada birthday party” - Viral | mStar

Lihat perompak bersenjata santai terjah rumah, orang awam mula rasa tak selamat, “Masuk rumah macam ada birthday party”

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

MASUK macam datang ke rumah terbuka, begitulah komen seorang netizen berhubung video rompakan bersenjata melibatkan sebuah keluarga yang kini tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku pada Selasa malam di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor itu pantas menjadi tular setelah ia dikongsi secara meluas di media sosial.

Menerusi rakaman CCTV, keluarga berkenaan dilihat sedang bersantai di ruang tamu dan meja makan sebelum kediaman berkenaan diceroboh oleh enam penjenayah bertopeng serta bersenjatakan parang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya dua saat... kalau tidak ayah kena tetak” - Anak menggigil, kongsi kisah bapa dikejar geng samun

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Penagih Rompak Rumah Doktor Ditahan

Rakaman berdurasi lebih dua minit itu turut memaparkan mereka sekeluarga dikumpulkan dalam sebuah bilik.

Penularan video itu turut menimbulkan kegelisahan orang ramai khususnya mengenai isu keselamatan di dalam rumah sendiri.

Makin berani ya perompak sekarang. Masuk rumah macam ada sambut birthday party.

NETIZEN

Malah, rata-rata netizen menyuarakan rasa takut seandainya kejadian berkenaan menimpa mereka sendiri pada masa akan datang.

"Fuhh duduk dalam rumah dengan family ramai-ramai pun tak selamat sekarang," tulis @Adliyy.

"Cara perompak ni masuk macam 'Assalamualaikum, kami datang nak beraya' punya la chill sambil pegang parang. Aku rasa ni perompak beretika ni, sopan je gayanya. But still ngeri siak," tulis @wawaaairish.

Mereka sekeluarga kemudiannya dikumpul dalam satu bilik oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

"Makin berani ya perompak sekarang. Masuk rumah macam ada sambut birthday party," tulis @myazkf.

"Kalau tengok kat video ni si lelaki atas sofa tu dia tenang je bila perompak ceroboh rumah dia. Siap tenangkan family member dia yang start nak menggelabah. Rasa kagum pun ada ni," tulis @azazri913.

Sehingga kini, video tular berkenaan menerima ratusan ribu tontonan menerusi Twitter dan Facebook.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tiga daripada suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan mengacukan parang sebelum mengarahkan semua mangsa itu untuk masuk ke dalam bilik di tingkat bawah rumah itu.

Tiga lagi suspek menunggu di luar rumah dan kerugian yang dialami keluarga itu dianggarkan sebanyak RM30,000.

Semua mangsa berusia enam hingga 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

rompakan bersenjata , parang , penjenayah

Artikel Lain