Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua! - Viral | mStar

Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua!

Yasmin mencuri tumpuan ramai setelah foto wajahnya dimuat naik ke laman Twitter oleh anak perempuannya baru-baru ini.

RAUT wajahnya yang jelita dan gaya penampilan cukup anggun, siapa sangka wanita ini sudah menjengah usia 41 tahun.

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Hana Yasmin Nik Radzi mula menjadi perhatian ramai setelah foto wajahnya menjadi tular di laman Twitter.

Selain menerima pujian, segelintir netizen turut mendesak agar ibu kepada empat anak itu berkongsi rahsia kecantikan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mula-mula saya sangka Tok Ma 'awek' suami..."
ARTIKEL BERKAITAN: Nasib ‘hot daddy’, keluar dengan anak sendiri, ‘makcik bawang’ kata curang!


Yasmin yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini menetap di Puchong, Selangor.

"Saya tak ada petua apa sangat pun, cuma ada satu amalan yang saya buat sejak berusia 20-an.

"Setiap hari selepas bangun pagi, saya minum air suam. Saya ambil madu, bancuh dengan air. Baca selawat dan surah tiga Qul.

"Petua itu diamalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur dan ia diperturunkan oleh emak saya," ujar Yasmin sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Selain petua yang diperturunkan oleh ibunya, Nik Hasnah, 68, Yasmin turut berkongsi beberapa petua lain yang menjadi amalannya sejak dahulu hingga kini.

Saya tak pernah rasa lebih cantik dari orang lain pun. Semuanya anugerah Allah. Setiap kali nak keluar, saya akan bersiap rapi untuk keyakinan diri. Bukan untuk dapat pujian, tapi untuk diri sendiri sahaja

NIK HANA YASMIN NIK RADZI


Kata Yasmin, apa yang terpapar di wajah seseorang individu sebenarnya bermula dari hati mereka sendiri.

"Pada saya kalau dalaman kita bersih, selalu positif walau pelbagai ujian menimpa, kat luar pun akan nampak elok.

"Kita juga tak boleh dengki dengan orang, kalau ada masalah pun kena sentiasa ukir senyuman," katanya lagi.

Menetap di Puchong, ibu tunggal yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecantikan ini memiliki empat cahaya mata.


Empat cahaya mata kesayangan Yasmin.

Selain pasangan kembar perempuan Nur Arina dan Nur Anis yang berusia 19 tahun, dia turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Danial Haiqal, 16 dan Ahmad Danish Haziq, 12.

Bercerita mengenai keluarganya, Yasmin mendedahkan suaminya, Ahmad Nasirudin meninggal dunia pada tahun 2017 akibat penyakit kanser usus.

Mengulas penularan foto wajahnya yang menerima pujian ramai di Twitter, Yasmin mengakui tidak tahu menahu mengenai perkara itu.


Yasmin bersama ibunya, Nik Hasnah yang kini berusia 68 tahun.

"Tak tahu Arina post gambar saya, dia baru bagitahu kepada saya. 

"Berkenaan pujian, saya tak pernah rasa lebih cantik dari orang lain pun. Semuanya anugerah Allah.

"Setiap kali nak keluar, saya akan bersiap rapi untuk keyakinan diri. Bukan untuk dapat pujian, tapi untuk diri sendiri sahaja.

"Mungkin juga saya suka tengok rujukan fesyen. Tak adalah ikut trend, tapi pakai apa yang termampu sahaja," kata Yasmin lagi.


Posting yang memaparkan wajah Yasmin dimuat naik ke Twitter oleh anaknya.

Dalam pada itu, posting Arina yang memaparkan seleksi swafoto ibunya menerima lebih 1,200 tanda suka (likes) di Twitter.

Malah, rata-rata netizen turut memuji wajah awet muda wanita itu.

"Ingatkan perempuan muda tadi. Muka macam 20 tahun je," tulis @shahar_noor.

"Ya Allah cantiknya. Kongsi la tip macam mana kulit cantik macam ni," tulis seorang lagi netizen.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain