suria

25 saat solat tarawih penuh debar gara-gara B***h Lasagna, pelajar lega reaksi jemaah tak seperti difikirkan

Alif berkongsi insiden memalukan dan mendebarkan itu di Twitternya. Foto ihsan Muhammad Alif Syahmi.

MANA nak sorok muka? Itulah yang difikirkan seorang remaja apabila telefon bimbit miliknya berdering ketika solat tarawih.

Insiden itu menyebabkan Muhammad Alif Syahmi, 16, yang ketika itu berada di saf tengah berpindah ke saf belakang sejurus selepas solat tarawih raakat keenam selesai.

"Waktu tengah berdiri baca al-Fatihah, tiba-tiba phone yang saya letak atas lantai depan saya berbunyi. Dahlah ringtone macam apa... lagu oleh PewDiePie - B***h Lasagna.

ARTIKEL BERKAITAN: Girlfriend tak dapat bantu, bomba jadi penyelamat! Remaja terkunci dedah sebab bawa phone masa mandi

"Bunyi kuat satu surau dengar. Malu betul saya waktu tu. Selepas selesai solat saya keluarkan phone, silentkan dan terus pergi belakang," katanya ketika dihubungi mStar.


Tweet Alif mendapat perhatian netizen.

Pengalaman yang dilaluinya pada 1 Ramadan lalu ini membuatkan remaja ini terpanggil untuk berkongsi kisah yang dianggap memalukan itu di Twitter.

Perkongsian tersebut mencuri tumpuan netizen apabila mendapat 14,300 ulang kicau (Retweet) dan 16,000 tanda suka.

Jelas Alif, dia sebenarnya terlupa meletakkan telefon bimbitnya dalam keadaan mode senyap sebelum pergi ke surau bersama bapanya.

"Selalunya saya jenis kalau keluar akan silentkan phone. Tapi tak sangka boleh terlupa nak silentkan waktu tu.

"Lagipun masa tu nak cepat itu yang terlupa. Bila teringat balik insiden itu mesti malu tapi rasa kelakar pun ada," katanya.

Mengimbas perasaannya ketika telefon berdering, Alif mengakui menggelabah dan benar-benar tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Katanya, walaupun telefon itu berdering kira-kira 25 saat, tempoh itu dirasakan begitu lama dan sangat mendebarkan.

Antara komen netizen terhadap posting Alif yang tular.

“Saya terpaksa biarkan saja, sempat juga saya tengok siapa yang telefon tapi nombor tak kenal.

“Memang solat tak khusyuk memikirkan apa kata jemaah lain, habislah mesti mereka marah saya,” katanya.

Bagaimanapun pelajar tingkatan 4 itu bernasib baik kerana bapanya tidak tahu mengenai insiden itu kerana tidak solat bersebelahan dengannya.

Bunyi kuat satu surau dengar. Malu betul saya waktu tu. Selepas selesai solat saya keluarkan phonesilentkan dan terus pergi belakang.

MUHAMMAD ALIF SYAHMI.

“Ayah solat di saf depan. Dia beritahu ada dengar bunyi telefon tapi tak tahu itu telefon saya... saya pun tak beritahu sebab takut kena marah,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi jemaah berhubung insiden itu, Alif berkata tidak seperti apa yang difikirkan, dia ditegur secara baik agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Malah anak kedua daripada tiga beradik itu menganggap teguran itu sebagai suatu teguran yang positif.

Sejak insiden itu Alif lebih berhati-hati dan sentiasa memastikan telefon bimbitnya dalam keadaan mode senyap.

"Ia buat saya lebih berhati-hati. Tak naklah insiden sama berulang lagi. Malu mana nak sorok muka. Kawan yang tahu pun gelakkan saya.

"Jadi pada siapa-siapa yang nak pergi surau atau masjid tu silentkan dulu phone atau lebih baik tinggalkan di rumah. Takut jadi macam saya nanti padan muka," katanya.

Sementara itu, Aliff turut kesal dengan komen netizen di Instagram (IG) yang mendakwa insiden tersebut merupakan cerita rekaan semata-mata.

"Ada yang kata cerita saya ni hanyalah rekaan. Tapi sejujurnya ia betul-betul berlaku di Surau Bukit Jelutong pada 1 Ramadan lalu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain