Wanita terkejut beli cabai keras melentik-lentik, rupa-rupanya cili tiruan... Patut “melekat kat tekak” - Viral | mStar

Wanita terkejut beli cabai keras melentik-lentik, rupa-rupanya cili tiruan... Patut “melekat kat tekak”

Gambar hiasan cili.

KALAU sebelum ini kecoh dengan perkataan legit atau fufu yang lebih merujuk kepada barangan original atau tidak.

Namun terbaharu timbul seorang wanita berusia 48 tahun yang hanya mahu dikenali Zetty terkejut apabila termakan cili tiruan yang dibuat daripada plastik.

Ketika dihubungi mStar, Zetty memberitahu semasa menyediakan bahan untuk memasak dia perasan seperti ada yang tidak kena dengan cili yang dibeli di sebuah pada pasar raya di Kota Damansara, Selangor pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat guna telekung jenama tiruan, ini jawab ustaz!

“Cili plastik yang dibeli rupanya bercampur dengan cili betul. Jadi saya cuba memotongnya dan belah isi dalam cili itu.

“Jika cili betul apabila dihiris dengan pisau ia akan putus-putus dan rapuh, tetapi cili plastik lebih keras dan melentik-lentik.

“Malah saya juga sudah termakan cili berkenaan dan mendapati ianya melekat pada tekak. Itu yang menguatkan anggapan saya itu cili plastik,” jelasnya.

Paparan skrin Zetty menunjukkan cili plastik dan cili sebenar.

Menurut Zetty, dia memang selalu membeli barang dapur di situ dan sebelum ini tidak pernah ada apa-apa masalah seperti ini.

“Seminggu sekali memang akan ke sana berbelanja barang dapur.

“Harap orang lain dapat beri perhatian kalau mahu beli cili perlu hati-hati.

“Disebabkan kali ini saya tidak beli banyak, jadi saya tidak pergi hantar balik cili itu.

“Apabila ke sana lagi, saya akan cuba beritahu pihak mereka,” jelasnya.

Komen netizen mengenai cili plastik yang dibeli Zetty di sebuah pasar raya Isnin lalu.

Video rakaman Zetty menjelaskan mengenai cili betul dan plastik ini mendapat lebih 7,000 tontonan dan 4,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan adanya cili plastik yang dijual di pasar raya. 

Cili plastik

Artikel Lain