“Perampas di sebalik niqab”, isteri PU Abu ‘diserang’, wujud gerakan boikot produk, ceramah

Kini timbul pula gerakan memboikot PU Abu (kiri) dan isterinya, Hana Azraa (kanan) di laman sosial.

KISAH keruntuhan rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus berlarutan apabila timbulnya gerakan memboikot produk yang diusahakan isteri baharunya, Hana Azraa di laman sosial.

Wanita itu merupakan pengasas kepada satu produk kecantikan yang menjual krim pemutih dan serum anti jerawat.

Selain Hana Azraa, pengendali akaun berkenaan turut menggesa netizen agar memboikot ceramah pendakwah itu sebagai langkah untuk memberi pengajaran kerana menganiayai bekas isterinya, Ain Afini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti cerai isteri hamil tujuh bulan demi janda anak satu
ARTIKLE BERKAITAN: 
“Saya ada cerita sendiri” - PU Abu mengaku cerai isteri sarat mengandung

"Perampas di sebalik niqab. Muka comel tapi eiiii geram aku sampai hati kau rampas hak wanita lain semata-mata nak puaskan nafsu.

"Boikot produk dia dan boikot ceramah PU Abu, biar mereka belajar daripada kesilapan. Ini sudah melampau," tulis individu tersebut.

Selain gesaan boikot, pengendali akaun itu turut mengaitkan usahawan wanita berkenaan dengan pelakon, Izreen Azminda.

Ia berikutan pelakon itu pernah dilanda kontroversi serupa sewaktu dia mengahwini pemuzik bebas, Muhammad Radzi Wahid pada 2017.

Dalam pada itu, netizen di laman Twitter turut melemparkan pelbagai komen dan memberi pendapat mereka berhubung isu itu.

"PU Abu sanggup menjandakan isteri dia untuk kahwin dengan janda. Hana Azraa dah bebas dari gelaran janda, tapi selepas tu biar perempuan lain jadi janda dan lalui peritnya perceraian yang dia pernah rasa. Dua-dua kejam tak terkata," tulis @fadzilaharom.

Paparan skrin posting boikot yang dimuat naik di laman Twitter oleh seorang individu.

"Dulu hampir nak beli produk dia nasib ada je halangan nak beli ahhaha weii lega sebab tak pernah beli produk dia," tulis @nabilamahad.

"Jahatnya kau Hana Azraa moga perkahwinan dan business kau hancur sebab hancurkan kebahagiaan orang lain," tulis @amyranadyaa.

"Sebab perangai PU Abu and Hana Azraa nilah orang asyik padang sinis je kat org berpudah dengan pencetus ummah," tulis @fhanahmran pula.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, PU Abu menceraikan isterinya, Ain Afini yang kini hamil tujuh bulan dan sudah berkahwin dengan Hana Azraa yang juga janda anak satu.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Dalam laporan susulan, PU Abu meminta semua pihak agar bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan semua kontroversi yang berlaku.

Malah, dia buat masa ini memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan bekas isterinya itu.

PU Abu, Hana Azraa, Ain Afini

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain