suria

“Saya sedih sebab saya faham dia” - Pengantin baharu sebak, selepas kahwin bapa mesej setiap hari tanya masak apa

Menurut Natasshia, bapanya risau memandangkan dia tinggal berjauhan dari keluarga.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya.

Jika diamati kata-kata di atas, pertalian antara anak dengan ibu bapa tidak akan putus sampai bila-bila biarpun mereka sudah membina keluarga sendiri.

Begitulah senario melibatkan seorang bapa yang masih lagi risau dengan anak perempuan kesayangannya yang baru mendirikan rumah tangga, sekitar tiga minggu lalu.

Kisah itu tular di laman Twitter setelah Natasshia Azirah Abdul Aziz memuat naik paparan skrin perbualan antara dia dan bapanya, Abdul Aziz Hamid yang kini berusia 61 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Asalkan jumpa jodoh, gadis abai persepsi Tinder lubuk 'orang gatal', “kalau cara betul, dapatlah yang baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” - Bapa 'cool' menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin

Mesra disapa Shia, gadis berusia 25 tahun itu mengakui sebak apabila terkenangkan perasaan bapanya yang risau mengenai dirinya.

"Bapa berada di Selangor, saya pula tinggal dengan suami di Batu Pahat, Johor. Saya sendirian di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa buat masa sekarang.

"Dia risau sebab kat sini saya tak ada kawan atau saudara mara yang tinggal berdekatan. Jadi setiap hari dia akan hubungi dan hantar WhatsApp kepada saya.

Paparan skrin perkongsian Shia yang tular di Twitter.

"Kalau saya cakap nak masak apa-apa, dia akan kongsi resepi dan ajar, sebab ayah memang pandai masak. Dia paling power buat masak lemak cili api," kata Shia sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.

Saya sedih sebab saya faham dia. Ini kali pertama dia lepaskan anak perempuan, mesti dia risau.

NATASSHIA AZIRAH ABDUL AZIZ

Biarpun ada yang menyifatkan perbualan WhatsApp dua beranak itu sebagai sesuatu yang comel dan menghiburkan, jauh di dalam dirinya, perkara itu cukup meruntun jiwa.

Ujar Shia, dia faham mengenai perasaan bapanya, lebih-lebih lagi dia merupakan satu-satunya anak perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga dalam keluarganya.

"Saya sedih sebab saya faham dia. Ini kali pertama dia lepaskan anak perempuan, mesti dia risau.

"Memang rindu, setiap hari dia akan mesej. Lambat balas lima minit, terus dia akan call saya," kata Shia lagi.

Malah, bapanya juga ada meluahkan hasrat agar Shia dan suami, Muhammad Sa'id Abdul Razak pulang pada hari pertama Ramadan yang dijangka jatuh pada 6 Mei depan.

Shia dan suaminya kini tinggal bersama di Batu Pahat, Johor.

Shia dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini setelah berkenalan menerusi aplikasi Tinder pada 2017.

Malah, kisah dua pasangan itu juga pernah mendapat liputan mStar sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai netizen turut membanjiri posting tular Shia di laman Twitter yang sehingga kini menerima lebih 18,000 ulang kicau (Retweet).

"Ya Allah, sama. Dulu sebelum kahwin tak ada pun ayah aku nak WhatsApp tiap hari. Tapi lepas dah kahwin ni asyik tanya khabar aku, tanya khabar menantu dia, ingatkan pasal solat. Alahai ayah," tulis @amxliena.

"Baca comment semua tetiba rasa touching sangat," tulis @AtikahSibon.

"Sebijik macam abah i tak senang duduk tengok anak-anak dia duk jauh-jauh," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain