Lebih sejuta data peribadi alumni, pelajar UiTM bocor? - Viral | mStar

Lebih sejuta data peribadi alumni, pelajar UiTM bocor?

UiTM kampus utama di Shah Alam, Selangor. Foto justreadonline.com

MEDIA sosial pada pagi Jumaat digemparkan dengan penularan berita mengenai data peribadi lebih sejuta alumni dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bocor secara dalam talian, demikian dakwa Lowyat.net.

Portal berita teknologi itu mendakwa rekod butiran 1,164,540 pelajar daripada pelbagai jurusan di UiTM antara 2000 dan 2018 telah bocor.

Menurut laporan yang memetik sumber, data yang bocor termasuk rekod terperinci pelajar dari kampus utama UiTM di Shah Alam, dan 13 kampus cawangan di seluruh negara. 

Butiran peribadi dalam data yang didedahkan itu termasuk nombor pendaftaran pelajar, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat emel, kod kampus, nama kampus, kod program, peringkat jurusan dan nombor telefon bimbit.

Dakwanya, turut terjejas adalah butiran pelajar yang mendaftar untuk kursus yang diiktiraf oleh UiTM di beberapa kolej di seluruh negara.

Laporan Lowyat.net berhubung dakwaan pembocoran data peribadi pelajar dan aumni UiTM pada pagi Jumaat.

Sumber dalaman UiTM ketika dihubungi mStar Online memberitahu mereka dimaklumkan berhubung dakwaan itu, namun tiada kenyataan rasmi mengenainya setakat ini.

Mstar Online juga telah menghubungi Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat UiTM dan masih menunggu maklum malas berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Haniff Ghazali ketika dihubungi memaklumkan pihaknya memandang serius isu kebocoran data peribadi tersebut sekiranya dakwaan itu adalah benar.

Menurutnya, data peribadi itu boleh disalahgunakan apabila pelayar-pelayar Internet dan penggodam antarabangsa akan mengubah sesuatu nama pengguna dan kata laluan berdasarkan data berkenaan.

"Ini kerana manusia terdedah untuk meletakkan nama (pengguna) dan kata laluannya dekat-dekat dengan nama, tarikh kelahiran, tempat tinggal dan tempat kelahiran. Dan semua ini boleh didapati daripada data peribadi. 

"Kebocoran data lebih sejuta pelajar ini tidak seharusnya berlaku. Saya minta bukan setakat UiTM, malah Alumni UiTM untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain